Scarlett Johansson ‘Gerun’ Pada Anthony Hopkins

Diterbitkan: Selasa, 27 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Scarlett Johansson masih dihantui lakonan berkesan Anthony Hopkins dalam Silence of the Lambs.
Scarlett Johansson masih dihantui lakonan berkesan Anthony Hopkins dalam Silence of the Lambs.

LOS ANGELES: Aktres Scarlett Johansson mengakui berasa gerun berlakon di samping pelakon veteran Anthony Hopkins dalam filem terbaru berjudul Hitchcock.

Katanya, perasaan itu wujud kerana dia masih teringat pada lakonan berkesan aktor itu sebagai pembunuh bersiri dalam filem Silence of the Lambs (1991).

Dalam filem terbaru itu, Hopkins memainkan peranan sebagai Alfred Hitchcook manakala Johansson pula menggalas watak Janet Leigh.

“Anda memerlukan keberanian untuk melakukan babak di mana saya perlu bertentang mata dengan Hitchcock ketika dia mengacukan pisau sepanjang 12 inci ke arah muka.

“Walaupun dia (Hopkins) kelihatan seperti seorang lelaki yang lemah-lembut, pada hakikatnya dia sangat menakutkan.

“Mungkin juga saya terlalu kerap menonton Silence of the Lambs ketika kanak-kanak dulu,” kata Johansson seperti dipetik sebagai berkata kepada majalah Star.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan