ntv7 Terima 10 pencalonan Anugerah Televisyen Asia 2012

Diterbitkan: Selasa, 27 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pencalonan ATA 2012
Barisan pencalonan ATA 2012

PETALING JAYA: Stesen televisyen ntv7 telah berjaya dicalonkan sebanyak 10 kategori menerusi anugerah berprestij Asia iaitu Anugerah Televisyen Asia 2012 (ATA2012).

Menurut Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul, antara pencalonan yang berjaya direbut adalah menerusi kategori Rancangan Realiti Terbaik dalam What Men Want, manakala drama bersiri epik The Descendant menerima lima pencalonan keseluruhan.

"Saya amat gembira melihat hasil produksi tempatan yang disiarkan di ntv7 berjaya dicalonkan dan berpeluang merebut kategori-kategori yang dipertandingkan.

"Menerusi The Descendant sahaja, drama itu telah dicalonkan bagi kategori Pelakon Utama Wanita Terbaik, membariskan dua bintang hebat Yeo Yann Yann dan Debbie Goh serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik iaitu Frederick Lee.

"Drama itu turut dicalonkan bagi kategori Lagu Tema Terbaik manakala sebuah lagi pencalonan bagi kategori sama adalah menerusi drama bersiri Laws of Attraction," katanya menerusi siaran media yang diberikan kepada mStar Online.

Tambah Airin, Jojo Goh yang berlakon dalam Forget Me Not dan Miao Miao (Happy Family) masing-masing turut dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Selain itu Happy Family juga dicalonkan bagi kategori Lakon Layar Drama Terbaik.

Sebanyak 248 penyertaan diterima untuk tahun ini dari 13 buah negara di mana jumlah itu telah disenarai pendekkan.

Stesen ntv7 pula telah pertandingkan sebanyak 38 kategori dan hanya 10 pencalonan yang dipilih sahaja.

Menerusi tahun ke-17 penganjurannya, ATA2012 bakal memartabatkan dan memberi pengiktirafan kepada pencapaian hebat oleh stesen penyiaran atau menerusi rangkaian kabel dan satelit serta rumah produksi yang mengambil bahagian dan terpilih.

ATA2012 bakal berlangsung pada 6 Disember depan di Hotel Shangri-La, Singapura.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan