AJL27: Kemaraan Shila Amzah Sambung Legasi Bapa

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shila Amzah
Shila Amzah

SHAH ALAM: Penyanyi dan penulis lagu Shila Amzah menganggap kemaraannya ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-27 sebagai penyambung legasi bapanya penyanyi ND Lala yang pernah beraksi di pentas itu pada era 90an.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berkata, peluang beraksi secara solo buat julung kalinya melalui lagu keramat Patah Seribu dapat meneruskan perjuangan bapanya pada pertandingan itu suatu ketika dulu.

“Saya bersyukur sekali apabila lagu Patah Seribu mara ke AJL27. Ia bukan tuah tetapi rezeki daripada Allah atas bakat yang dipinjamkan kepada saya.

“Peluang beraksi secara solo buat pertama kali di AJL adalah kesinambungan kepada legasi bapa yang pernah bertanding pada AJL 1995 dan 1996 ketika saya masih kecil dulu,” katanya.

Shila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media separuh akhir ketiga Muzik Muzik (MM) 27 di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam Ahad.

Sebelum ini, Shila bersama 3 Suara yang turut disertai Ning Baizura dan Jaclyn Victor pernah beraksi pada AJL26 menerusi lagu Beribu Sesalan dan menggondol tempat kedua.

Selain Patah Seribu, 11 buah lagu ciptaan dan nyanyian pelbagai artis turut menempah tiket ke pentas AJL27 pada 6 Januari depan.

Lagu-lagu yang mara adalah Idola nyanyian Azlan & The Typewriter, Pelangi Senja (Stacy), Anak Kampung (Jimmy Palikat & One Nation Emcees), Terukir di Bintang (Yuna), Tanpamu (Amir Jahari) dan Ombak Rindu (Hafiz & Adira).

Enam lagu lagi yang turut terpilih adalah Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black & RJ), Ku Akui (Hafiz), Simetri (Hazama & Amy Search) dan Andaiku Bercinta Lagi (Mojo).

Shila berkata, pada awalnya dia tidak meletakkan harapan untuk mara selepas lapan lagu yang diumumkan masih tidak memihak kepadanya.

“Saya sudah reda dan anggap tiada rezeki untuk ke AJL27 selepas lapan lagu diumumkan bukan lagu saya.

“Apabila Patah Seribu menjadi lagu terakhir yang mengisi 12 tempat itu, saya cukup gementar dan amat bersyukur.

“AJL27 bakal jadi pengalaman pertama beraksi solo dan saya akui tanggungjawabnya menjadi lebih berat,” katanya.

Sementara itu, komposer Azmeer selaku ketua juri pada tiga pusingan separuh akhir MM27, berkata, kesemua lagu yang terpilih mempunyai kualiti yang lebih baik daripada lagu-lagu bertanding pada era 80an dan 90an.

“Lagu-lagu yang terpilih menunjukkan peningkatan pada kualiti industri muzik tanah air. Kreativiti lagu-lagu yang dihasilkan adalah satu perkembangan yang sihat.

“Elemen dan komposisi muzik ciptaan kumpulan-kumpulan baru yang menggabungkan muzik barat dan Melayu serta lirik yang kuat adalah sesuatu yang memberangsangkan,” katanya.

Pada separuh akhir ketiga MM27, lapan lagu bertanding bagi merebut peluang ke pentas AJL27 iaitu Teman Pengganti nyanyian Black & RJ, Harapan (Hyper Act), Ku Akui (Hafiz) dan Simetri (Hazama & Amy Search).

Ia turut disertai Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq), Panik (Bunkface) dan Patah Seribu (Shila Amzah).

MM27 diadili juri profesional iaitu Azmeer, Datuk Ramli MS, Helen Yap, Edrie Hashim, Cat Farish, Damien Mikail Seet dan Kamarulzaman Taib.

Persembahan selingan dijayakan pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim, Usop Wilcha, Datuk AC Mizal dan Stellar menerusi rangkaian lagu popular 80an iaitu Apo Kono Eh Jang dan Wan Lebor.

Sebanyak 30 lagu dipertandingkan dalam tiga pusingan separuh akhir yang berlangsung pada 11 November (11 lagu), 18 November (11 lagu) dan 25 November (8 lagu).

Ia diacarakan oleh Faiz dan Chad.

Pusingan separuh akhir ketiga itu disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada pukul 10 hingga 11.30 malam Ahad di TV3.

Berikut adalah 12 finalis yang bakal beraksi pada AJL27:

1. Idola

Ciptaan: Audi Mok/ Azlan

Nyanyian: Azlan & The Typewriter

2. Pelangi Senja

Ciptaan: Taja/ Tun Teja

Nyanyian: Stacy

3. Anak Kampung

Ciptaan: Jimmy Palikat/ One Nation Emcees

Nyanyian: Jimmy Palikat & One Nation Emcees

4. Terukir di Bintang

Ciptaan: Yunalis Zarai

Nyanyian: Yuna

5. Tanpamu

Ciptaan: Amir Jahari

Nyanyian: Amir Jahari

6. Ombak Rindu

Ciptaan: Nurzaidi Abd Rahman

Nyanyian: Hafiz & Adira

7. Lagu

Ciptaan: Bo Amir Iqram

Nyanyian: Bedroom Sanctuary

8. Teman Pengganti

Ciptaan: Malique

Nyanyian: Black & RJ

9. Ku Akui

Ciptaan: Ajai

Nyanyian: Hafiz

10. Simetri

Ciptaan: Audi Mok/ Zel Firdhaus Haduan

Nyanyian: Hazama & Amy Search

11. Andaiku Bercinta Lagi

Ciptaan: Edry Abdul Halim

Nyanyian: Mojo

12. Patah Seribu

Ciptaan: Shila Amzah

Nyanyian: Shila Amzah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan