Gafim Bakal Anjurkan 'Anugerah Gafim' Bagi Hargai Media

Diterbitkan: Ahad, 25 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jurey memberitahu Anugerah Gafim yang bakal diadakan pada Jun tahun hadapan adalah untuk memberi penghargaan kepada media tempatan.
Jurey memberitahu Anugerah Gafim yang bakal diadakan pada Jun tahun hadapan adalah untuk memberi penghargaan kepada media tempatan.

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) bakal menganjurkan Anugerah Gafim pada Jun tahun hadapan bersempena dengan Hari Seniman bagi memberi penghargaan kepada penulis, wartawan hiburan dan penggiat seni tanah air yang telah menyumbang kepada pembangunan sektor tersebut.

Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli berkata, anugerah yang sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Tinta Gafim itu bukanlah satu pertandingan sebaliknya untuk menghargai mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam industri perfileman.

"Kesemua penulis, wartawan hiburan dan penggiat seni tanah air yang terlibat secara tidak langsung dalam menaikkan industri ini menerusi kepakaran mereka perlu diberi penghargaan kerana tanpa mereka sektor ini mungkin tidak akan berkembang seperti mana hari ini.

"Peranan mereka sebenarnya sangat penting dan kami berbesar hati untuk meraikan mereka dalam sebuah majlis yang dirancang akan diadakan pada Jun tahun hadapan," jelasnya selepas ditemui pada Mesyuarat Agung Gafim di sini pada Sabtu.

Tambah Jurey, anugerah itu bukan dibuat untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara pemain utama industri dengan pihak media yang banyak membantu dalam menaikkan mutu industri hiburan tempatan.

Dalam pada itu, Jurey berkata, selain meneliti artikel-artikel yang pernah diterbitkan sepanjang dua tahun ini untuk dinilai pihaknya juga akan memberi peluang kepada wakil media untuk menghantar pencalonan bagi menyertai anugerah itu.

Jurey menjelaskan, daripada senarai itu nanti pihaknya akan membuat penilaian sebelum memilih calon-calon yang layak untuk diberi anugerah.

"Sebelum ini kami memilih berdasarkan artikel yang pernah disiarkan oleh pihak media tetapi untuk edisi kali ini kita akan buka membuka peluang kepada mereka untuk menghantar artikel untuk dinilai oleh panel yang akan ditetapkan kemudian," jelasnya.

Sementara itu, Jurey berkata, mesyuarat agung pada kali ini akan membincangkan program yang akan dianjurkan sepanjang tahun hadapan dan pihaknya berharap ia akan memberi manfaat kepada industri hiburan secara keseluruhannya.

Malah katanya, pihaknya merancang untuk memohon kepada pihak kerajaan supaya diberikan dana dan geran untuk menubuhkan sebuah pusat perhimpunan penggiat seni yang diberi nama Sinema 1Malaysia.

"Menerusi pusat ini semua penggiat seni dapat berkumpul di satu tempat sama bagi mempromosikan filem atau drama terbaru, mengadakan aktiviti, jualan dan sebagainya," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan