Zoey Mulai Bosan Kerana Watak Remaja

Diterbitkan: Sabtu, 24 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zoey mengakui sudah bosan apabila sering diberikan watak sama.
Zoey mengakui sudah bosan apabila sering diberikan watak sama.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman mengakui sudah bosan apabila sering diberikan watak remaja dalam sesebuah drama.

Zoey, 27, berkata, perkara itu telah menyebabkan kredibilitinya sebagai seorang pelakon tidak mempunyai peningkatan apabila sering diberi peranan sama.

"Jujurnya saya sudah mula bosan kerana watak yang diberikan sentiasa sama sehingga saya lihat tiada peningkatan dalam kerjaya sebagai pelakon.

"Saya sering mendapat watak remaja atau budak sekolah sehingga saya mempunyai set pakaian seragam sendiri kerana sering dapat watak pelajar," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Zoey, atas dasar itu juga dia mula mengehadkan aktiviti lakonan dan lebih selektif terhadap tawaran yang diberikan.

Dalam pada itu, Zoey memberitahu, walaupun perjalanan karier lakonannya tidak selancar seperti diharapkan namun dia mengakui semakin menyerlah dalam bidang pengacaraan.

"Saya semakin selesa bergelar pengacara kerana ia banyak membantu saya dari segi pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri," jelasnya.

Sementara itu, Zoey memberitahu selain lakonan dan pengacaraan dia kini turut memberikan tumpuan kepada dua perniagaan yang diusahakan bersama abangnya iaitu Calista Design dan sebuah restoran di kampung halamannya, Besut, Terengganu, yang diberi nama Durian Belanda.

Menurut Zoey, jika tidak mempunyai sebarang projek lakonan atau pengacaraan dia akan menghabiskan masa di butik yang menyediakan khidmat hiasan dalaman itu yang terletak di Damansara dekat sini.

"Saya pernah mengikuti kursus hiasan dalaman dan perniagaan tersebut dikongsi bersama abang saya. Jika tiada sebarang projek saya akan ke sana untuk menguruskan hal-hal pejabat," jelasnya.

Tambah Zoey, dua perniagaan tersebut adalah sebagai salah satu persediaan untuk masa depannya.

"Bukan selamanya kita akan berada di dalam industri ini dan perniagaan adalah satu bentuk persediaan sekiranya saya tidak lagi berlakon atau mengacara," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan