Saluran TV Wanita Beroperasi Tahun Depan

Diterbitkan: Sabtu, 24 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Femina Channel telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Foto YAP CHEE HONG
Femina Channel telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Foto YAP CHEE HONG

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, saluran televisyen (TV) khas untuk wanita iaitu Femina Channel (FC) boleh ditonton selewat-lewatnya Februari tahun depan secara percuma.

FC dibangunkan dan dimiliki oleh Panomax (M) Sdn Bhd.

Menurut pengarah urusan Panomax, Mohd. Johari Mohd Noor, idea menubuhkan saluran tersebut muncul apabila melihat negara Malaysia masih lagi belum memiliki saluran khas yang menyajikan program khusus untuk wanita mengikut tema sesuai seperti dokumentari, filem cereka, drama, realiti dan berita.

"FC sedang dalam persediaan menerbitkan pengisian kreatif program-program TV terbitan tempatan.

"Setakat ini kami sudah pun mengumpulkan pengisian program untuk bekalan selama enam hingga lapan bulan.

"Pihak kami turut membeli beberapa program dari negara luar seperti Indonesia, Jepun dan Australia," katanya pada pelancaran Femina Channel di Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM Corp), Bukit Jalil dekat sini, pada Jumaat.

Saluran TV wanita itu telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam pada itu, FC akan menggunakan satelit MEASAT, yang akan memancarkan saluran tersebut melalui MEASAT 3A Global Beam ke platform pelbagai rangkaian TV yang sedia ada di negara ini.

Ia sekali gus dapat ditonton di beberapa negara Asia termasuklah Indonesia, Brunei, Singapura, Arab Saudi, Qatar dan Emeriyah Arab Bersatu.

Sementara itu, Johari berkata pihaknya juga sedang mencari beberapa syarikat penerbitan yang mempunyai program-program sesuai untuk disiarkan ke saluran berkenaan.

"Bagaimanapun, pihak kami akan menjaga kualiti sesebuah program itu mengikut piawaian antarabangsa sebelum lulus untuk disiarkan.

"Malah FC turut memberi peluang kepada sesiapa yang ingin membeli iklan dengan harga yang sangat berpatutan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan