ALBUM BARU: Lagu-Lagu Terbaharu Dalam 'Hit No 1'

Diterbitkan: Sabtu, 24 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALBUM: HIT NO 1

ARTIS: Variasi

EDARAN: Warner Music Malaysia

ALBUM kompilasi lagu-lagu hit daripada Warner Music Malasia, Hit No 1 kembali lagi dengan memuatkan senarai lagu-lagu hebat.

Sebanyak 25 buah lagu dimuatkan dengan pecahan kepada dua bahagian cakera padat (CD).

Pasti ramai yang teruja apabila lagu popular seperti Teman Pengganti yang dinyanyikan oleh Black dan Malique dimuatkan.

Selain itu, lagu hit Asmidar seperti Biar Sampai Ke Bintang, Pelangi Senja (Stacy), Panik (Bunkface), Lintasan Bintang (Awanband) dan Bahagia Sementara (Jamal Abdillah) turut dimuatkan.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu yang telah memenangi anugerah Lagu Rock Terbaik pada AIM 19 yang lalu, lagu Idola, nyanyian Azlan & The Typewriter.

Tidak sah sekiranya kompilasi kali ini tidak memuatkan lagu-lagu siulan masa kini yang telah menawan carta-carta radio selama berbulan bulan.

Ia seperti Milik Siapakah Gadis Ini (Fiq dan Jinbara), Bila Aku Jatuh Cinta (Awi Rafael) termasuklah lagu runut bunyi daripada filem Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira.

Selain itu, album ini juga menampilkan beberapa lagu yang hanya boleh didapati menerusi album HIT NO 1 seperti Begini Caranya, nyanyian Shaheizy Sam dan Yana Shamsudin, Bawaku Pergi (Zizan dan Kaka), Aku Yang Berdosa (Shahir), serta Andaiku Bercinta Lagi (Mojo).

Kesemua lagu ini merupakan juara carta mingguan radio, dan merupakan antara lagu-lagu yang meraih jumlah muat turun yang paling banyak.

Album ini turut menampilkan artis-artis baru seperti Payslip menerusi lagu Joget Kenangan Manis serta Salam bersama Altimet dan DJ Fuzz iaitu Bangkit.

HIT NO 1 semestinya sebuah album yang wajib dimiliki dan album ini telah pun berada di pasaran pada harga yang sangat berbaloi, iaitu hanya RM31.90.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan