Dua Kumpulan Remaja Korea Selatan Mahu Tiru Psy

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Vixx bersama Pengurus Saluran 8TV dan NTV7, Airin Zainul ketika sidang media yang diadakan di Hotel Double Tree by Hilton pada Jumaat. Foto Ihsan Sin Chiew Daily.
Kumpulan Vixx bersama Pengurus Saluran 8TV dan NTV7, Airin Zainul ketika sidang media yang diadakan di Hotel Double Tree by Hilton pada Jumaat. Foto Ihsan Sin Chiew Daily.

KUALA LUMPUR: Dua kumpulan K-Pop remaja dari Korea Selatan iaitu Nu'Est dan Vixx tidak melihat masalah bahasa sebagai jurang untuk sesebuah kumpulan muzik atau individu itu berjaya sebagai penghibur pada antarabangsa.

Sebaliknya mereka menganggap kejayaan itu boleh diraih sekiranya muzik yang ditampilkan itu kreatif sehingga berjaya memikat hati para pendengar seluruh dunia.

Salah seorang anggota kumpulan Nu'Est iaitu Aron bagi pihak rakan-rakannya berkata, penyanyi seperti Psy telah membuktikan perbezaan bahasa bukan penghalang untuk mencipta kejayaan apabila beliau berjaya mempopularkan muzik menerusi “Gangnam Style.”

"Penerimaan masyarakat dunia terhadap lagu dendangan Psy telah membuktikan muzik itu bersifat universal dan bahasa bukan lagi menjadi penghalang untuk masyarakat menikmati muzik.

"Kami juga berhasrat untuk menjadi sepertinya dan beliau adalah inspirasi kami," ujar Aron ketika ditemui semasa sidang media di Hotel Double Tree by Hilton di sini Jumaat.

Kumpulan Nu'Est dan Vixx hadir ke Malaysia bagi mengadakan persembahan sempena anugerah Shout Award 2012 yang akan berlangsung di Surf Beach @ Sunway Laggon pada malam Jumaat (malam ini) pukul 8.30 malam.

Kedua-dua kumpulan itu melahirkan rasa teruja kerana dapat bertemu dengan peminat di negara ini dan terharu dengan sambutan yang diberikan.

Malah mereka berjanji akan kembali ke negara ini untuk mengadakan promosi dan persembahan istimewa buat peminat tempatan.

"Kami akan kembali lagi ke Malaysia pada bulan hadapan dengan pelbagai kejutan buat semua peminat di Malaysia," ujar Aron lagi.

Nu'Est dianggotai oleh lima remaja iaitu JR, Aron, Minhyun, Baekho dan Ren manakala Vixx pula disertai enam ahli iaitu Leo, Ken, Hongbin, Ravi, N dan Hyuk.

Kesemua mereka lahir daripada program realiti nyanyian Mydol di Korea pada awal tahun ini.

Usaha pihak media untuk mendapatkan maklumat peribadi kedua-dua kumpulan terbabit dengan lebih mendalam tidak berhasil apabila soalan-soalan yang ditulis untuk dijawab ditapis terlebih dahulu oleh pihak pengurusan kedua-dua kumpulan itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan