Ada Sebab Iqa (Mentor) Sertai Thunder Girls - Berita Hiburan | mStar

Ada Sebab Iqa (Mentor) Sertai Thunder Girls

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iqa (Mentor) menafikan penubuhan kumpulan Thunder Girls disebabkan kerjaya solonya yang kurang menyerlah. - Foto The Star M. AZHAR ARIF
Iqa (Mentor) menafikan penubuhan kumpulan Thunder Girls disebabkan kerjaya solonya yang kurang menyerlah. - Foto The Star M. AZHAR ARIF

KUALA LUMPUR: Penyanyi Iqa (Mentor) memberitahu penyertaannya dalam kumpulan muzik wanita iaitu Thunder Girls bukan disebabkan kegagalannya bergerak secara solo.

Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor, 26, berkata, sepanjang tempoh setahun berkecimpung sebagai penyanyi solo kerjayanya berjalan dengan lancar tetapi kurang mendapat publisiti.

“Selepas setahun bergelar artis, perjalanan kerjaya solo saya berjalan dengan baik. Cuma saya jarang muncul di media.

“Saya menubuhkan kumpulan yang turut dianggotai dua lagi ahli bukan sebab kecewa atau sukar bergerak sendiri.

“Sebenarnya saya lebih selesa dan puas jika beraksi secara berkumpulan dan impian itu sudah lama difikirkan sebelum saya menyertai Mentor (musim kelima) lagi,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Iqa yang juga protege kepada Edry (KRU) dalam program realiti itu berkata, hasrat untuk muncul secara berkumpulan akhirnya menjadi kenyataan apabila komposer itu menawarkan peluang tersebut, enam bulan lalu.

“Sebenarnya sebelum menyertai Mentor saya memang mempunyai kumpulan muzik sendiri. Namun, ia bukan secara profesional.

“Apabila saya bernaung di bawah KRU Music selepas program itu, abang Edry (Abdul Halim) memberikan peluang untuk saya bergerak bersama sebuah kumpulan.

“Tentulah saya tidak menolak sebab ia adalah impian yang dipendam sejak sekolah lagi,” katanya yang bertindak sebagai vokalis dan pemain bes kumpulan itu.

Iqa berkata, kemunculan Thunder Girls juga membawa kelainan kerana kesemua anggota wanita bermain muzik.

“Kami bermain muzik sendiri dan sudah lama kumpulan muzik wanita tidak ada dalam industri kita.

“Saya berharap kemunculan ini dapat menawarkan variasi dan diterima peminat,” katanya.

Lagu pertama kumpulan itu berjudul Luka bakal muncul pada Disember depan atau selewat-lewatnya Januari 2013.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan