Apek Akui Leuniey Wanita Matang Untuk Jadi Calon Isteri

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Apek (tengah) dalam satu sidang media di Hotel Royale Bintang, Damansara pada Rabu bagi mengumumkan tarikh perkahwinannya.
Apek (tengah) dalam satu sidang media di Hotel Royale Bintang, Damansara pada Rabu bagi mengumumkan tarikh perkahwinannya.

PETALING JAYA: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berkata dia berasa yakin untuk memperisterikan Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey kerana kematangan wanita itu.

Apek, 23, berkata, tempoh perkenalan singkat antara mereka bukan penghalang kerana wanita berusia 21 tahun itu memahami dirinya.

"Memang tempoh perkenalan kami singkat tetapi dia matang dan memahami diri saya dan karier bola sepak saya.

"Jadual bola sepak saya padat dan tidak dapat selalu bersama tetapi dia memahami betapa penting karier saya. Itu yang buat saya tertarik," katanya.

Apek ditemui pada majlis sidang media pengumuman perkahwinannya di Hotel Royale Bintang, di sini pada Rabu.

Apek yang juga penjaga gol skuad Kelantan itu bakal menamatkan zaman bujangnya pada 28 Disember depan.

Upacara akad nikah mereka bakal berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada pukul 9 pagi.

Ditanya mengenai tarikh dia melamar pengusaha butik pengantin dan andaman itu, Apek berkata, ia diadakan pada Oktober lalu menerusi majlis makan malam di antara kedua belah keluarga.

"Saya tidak ingat tarikh tertentu bila saya melamar Leuniey. Ia berlangsung secara santai pada Oktober lalu ketika kedua belah keluarga makan malam.

"Tiada majlis pun cuma makan malam di kalangan keluarga sahaja," katanya.

Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember depan dengan konsep Melayu kontemporari.

Manakala resepsi sebelah Apek pula akan berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.

Pasangan tersebut turut memilih 13 Januari 2013 untuk mengadakan majlis resepsi ketiga di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara di sini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan