Aida (AF9) Terpaksa Berehat Akibat Retak Tulang Pipi

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aida telah dibenarkan keluar daripada hospital dan kini berehat di rumah.
Aida telah dibenarkan keluar daripada hospital dan kini berehat di rumah.

PETALING JAYA: Kemalangan yang menimpa bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke 9 (AF9), Aida di lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada 12 tengah malam Selasa lalu mengakibatkan tulang pipi kirinya retak.

Aida atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat berkata, selain keretakan itu, mukanya turut bengkak akibat terkena beg udara keretanya.

"Alhamdulillah keadaan saya tidak terlalu parah dan saya bernasib baik keraa terselamat dalam kemalangan tersebut selain tidak mengalami kecederaan dalaman akibat kejadian itu.

"Namun saya agak terkejut apabila melihat gambar keadaan kereta saya yang rosak teruk dan menyedari insiden tersebut boleh meragut nyawa," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Kemalangan tersebut berlaku apabila Aida yang memandu kereta jenis Mazda dipercayai tertidur sehingga menyebabkan keretanya terbabas lalu berpusing beberapa kali sebelum melanggar pokok di lebuh raya berkenaan.

Ia berpunca akibat dia terlalu penat selepas seharian berada di set penggambaran drama bersiri 20 episod berjudul Langit Ketujuh.

Aida memberitahu dia juga telah dibenarkan keluar daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada petang Rabu selepas doktor mendapati keadaan beransur baik.

"Saya akan berehat di rumah sahaja buat sementara waktu ini dan doakan saya cepat sembuh," katanya.

Menceritakan kejadian itu, Aida berkata, dia terlalu letih kerana penggambaran drama namun bernasib baik kerana memakai tali pinggang keledar yang berjaya mengurangkan risiko kecederaan.

Menurut Aida, semasa kejadian itu, seorang wanita telah membantu menelefon ahli keluarganya sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Wanita tersebut berada di sisi saya untuk memastikan saya sentiasa sedar walaupun saya dalam keadaan keliru ketika itu. Dia juga telah menelefon keluarga untuk memaklumkan mengenai keadaan saya," jelasnya.

Sementara itu, Aida berkata dia tidak berasa trauma dengan kemalangan tersebut dan menganggap ia sebagai satu dugaan buatnya.

Dia juga yakin masih boleh memandu kereta seperti biasa selepas ini dan menjadikan kejadian berkenaan sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati.

"Saya tidak trauma dan rasanya tiada masalah untuk memandu kembali selepas ini cuma saya ambil kejadian itu sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya," jelasnya.

Drama Langit Ketujuh arahan Samby dan Bakri itu turut dijayakan oleh Reen Rahim, Arief Farhan, Muaz Aydil dan Reza Hasbi.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan