ABPBH 2012 Tampil Kelainan Menerusi Kategori 'Online'

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagaian daripada artis dan anggota jawatan kuasa penganjuran ABPBH 2012.
Sebahagaian daripada artis dan anggota jawatan kuasa penganjuran ABPBH 2012.

SUBANG JAYA: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) yang bakal dianjurkan kali ini melalui kelainan dengan memperkenalkan kategori tambahan secara dalam talian menerusi laman Facebook iaitu www.facebook.com/abpbh.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012, Shamsul Azree Samshir berkata, pertandingan yang menampilkan sebanyak enam kategori itu boleh diundi bermula sekarang (November).

"ABPBH kali ini mempunyai kelainan, keunikan dan keistimewaan tersendiri sejak mula diperkenalkan BH pada 1987.

"Memandangkan masyarakat kita membangun dengan dunia siber, pendekatan menambah kategori sampingan secara 'online' adalah sebahagian peredaran baru anugerah ini," katanya pada majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Holliday Villa, dekat sini, Rabu.

Enam kategori sampingan yang dipertandingkan itu ialah Gandingan Serasi di Layar, Artis Lelaki Stailo, Artis Wanita Stailo, Watak Animasi Tempatan Popular, Artis Berpengaruh di Laman Sosial dan Watak Jahat Dalam Filem atau Drama.

ABPBH 2012 bakal berlangsung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran secara langsung menerusi TV3 dan radio Hot FM.

Pada majlis tersebut, Shamsul yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian turut mengumumkan senarai pencalonan awal yang akan bertanding bagi 15 kategori.

Tambah Shamsul, borang pencalonan pusingan awal akan dikeluarkan menerusi akhbar Berita Harian dan Berita Minggu bermula Khamis (hari ini) sehingga 26 Disember depan bagi memberi ruang kepada pembaca memilih calon lima teratas.

Dalam pada itu, buku terbitan khas BH iaitu 'Coffee Table Book' turut dirasmikan oleh penaung ABPBH2012, Datuk Mior Kamarul Shahid, sebagai meraikan sambutan anugerah itu yang ke-25 tahun.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan