Katie Holmes Rancang Ambil Anak Angkat

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katie merancang untuk mengambil anak angkat pada tahun hadapan.
Katie merancang untuk mengambil anak angkat pada tahun hadapan.

BEKAS isteri kepada Tom Cruise, Katie Holmes dilaporkan sedang merancang untuk mengambil seorang anak angkat.

Pelakon berusia 33 tahun yang bercerai pada Jun lalu selepas enam tahun berkahwin dengan Cruise berkata teruja untuk mendapatkan seorang adik untuk anaknya, Suri.

"Suri mula bertanya mengenai adik semenjak akhir-akhir ini malah sentiasa berdoa setiap malam dan ia telah menyentuh hati Katie.

"Malah dia merancang untuk mengambil anak angkat pada tahun hadapan," ujar kenalan rapat Katie kepada majalah Star.

Katie juga dilaporkan telah mengupah sebuah agensi untuk mencari calon anak yang sesuai untuknya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan