Jaclyn Victor Kahwin Jika Tunang Tinggal Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jaclyn Victor . Foto SHAARI CHEMAT
Jaclyn Victor . Foto SHAARI CHEMAT

SHAH ALAM: Penyanyi Jaclyn Victor akan memikirkan tentang perkahwinan jika tunangnya, Chris Bellamy yang bekerja di London, United Kingdom itu membuat keputusan untuk menetap di negara ini.

Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 33, berkata, walaupun tidak banyak cerita yang dilaporkan mengenai hubungannya dengan Chris yang telah pun mencecah hampir tujuh tahun itu, namun ia tidak bermaksud hubungan mereka telah putus.

"Kami masih lagi menjalinkan hubungan seperti biasa. Cuma hubungan jarak jauh ini membataskan kami untuk kerap berjumpa dan ia membuatkan saya dilihat seperti sudah putus tunang.

"Jadi, adalah lebih baik buat masa ini kami tidak merancang untuk ke fasa perkahwinan, melainkan apabila dia menetap di Malaysia, barulah hal perkahwinan akan dibincangkan," katanya.

Tambah Jaclyn, tunangnya sudah berhasrat untuk tinggal di negara ini tetapi disebabkan faktor pekerjaan menyebabkan dia terpaksa menangguhkan dahulu perancangan itu buat seketika.

Sementara itu, Jaclyn yang baru sahaja merangkul anugerah Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu yang berjudul, “Counting Days” ciptaan Aubrey Suwito dalam Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19) pada Sabtu lalu, terharu mendapat pengiktirafan tersebut.

Kemenangan itu diraih selepas menewaskan pesaing-pesaing hebat seperti Shila Amzah (Patah Seribu), Nora (Doa), dan Datuk Siti Nurhaliza (I Cry Out) bagi kategori berkenaan.

"Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan. Harap-harap, kejayaan ini dapat membuatkan pihak radio memutarkan lagu tersebut kerana ia sudah pun dilancarkan sebenarnya.

"Mungkin ada yang tak puas hati, walaupun lagu ini (Counting Days) tidak popular, tetapi ia dipilih berdasarkan kualiti, bukannya populariti," ujarnya.

Selain itu Counting Days turut meraih bagi kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik serta Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Dalam pada itu, Jaclyn juga bersyukur kerana sejak berada di bawah pengurusan KRU Music, kariernya semakin teratur dengan pelbagai perancangan telah dilakukan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan