Diana Danielle Sah Mengandung

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diana dan Farid semasa hari pernikahan mereka pada 3 November lalu.
Diana dan Farid semasa hari pernikahan mereka pada 3 November lalu.

PETALING JAYA: Pelakon popular, Diana Danielle mendapat perkhabaran gembira apabila dia disahkan hamil selepas 16 hari bernikah dengan pengarah filem dan aktor, Farid Kamil.

Menerusi laporan Kosmo! pada Selasa, berita tersebut dikongsi oleh pasangan selebriti itu menerusi gambar alat ujian kehamilan Diana yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter dan Instagram mereka.

"Hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna. Terima kasih kepada Allah S.W.T.," ucap Diana yang dipetik menerusi laman Twitter.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan lanjut mengenai berita kehamilan itu gagal kerana Farid dan Diana tidak menjawab panggilan telefon.

Pada 3 November lalu pasangan selebriti itu telah selamat bernikah dalam upacara yang berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang.

Majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada 30 November ini di Kuala Lumpur dan diikuti dengan majlis di pihak keluarga Farid di Jitra, Kedah pada 12 Disember.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan