Shila Mohon Maaf Cium Tangan Sharnaaz

Diterbitkan: Isnin, 19 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shila bersama kekasihnya aktor Sharnaaz Ahmad ketika menghadiri Anugerah Industri Muzik ke-19 di Stadium Malawati, Shah Alam, malam Sabtu.
Shila bersama kekasihnya aktor Sharnaaz Ahmad ketika menghadiri Anugerah Industri Muzik ke-19 di Stadium Malawati, Shah Alam, malam Sabtu.

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada peminat kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.

"Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berada di samping orang yang saya sayang.

"Ia merupakan satu pengajaran besar dan saya bukanlah seorang yang sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Pada AIM19 yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu, aksi Shila mencium tangan Sharnaaz selepas diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menimbulkan perasaan kurang senang pada khalayak.

Peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung.

Patah Seribu yang juga merupakan pemenang bagi kategori Lagu Pop Terbaik telah menewaskan 5 lagu lain iaitu Counting Days (Jaclyn Victor), Aku Maafkan Kamu (Malique & Jamal Abdillah), Idola (Azlan & The Typewritter), Doa (Nora) dan Kuasa Cinta (Noraniza Idris).

Tambah Shila, dia juga ingin menjelaskan kepada mana-mana pihak tentang ucapannya yang pertama kali memenangi anugerah di negara ini.

"Apabila saya kata tak pernah menang apa-apa dalam negara sendiri, itu bermaksud tentang karier solo saya.

"Memang saya ada menang anugerah tapi ia menerusi 3 Suara bersama-sama dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan tersebut.

"Saya harap tidak ada lagi yang salah faham dengan kenyataan tersebut," tuturnya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis AIM, Shila berkata, dia bersyukur dan berbangga dengan penantian 12 tahun sepanjang berada di bidang seni muzik berbaloi lebih-lebih lagi apabila lagu yang diiktiraf itu merupakan hasil ciptaannya sendiri.

"Alhamdulillah, ini adalah rezeki Allah berikan pada saya. Walaupun tidak pernah diiktiraf selama ini, saya tidak pernah kecewa, tetapi ia mungkin satu pengajaran bahawa apa yang ditampilkan selama ini belum cukup kuat.

"Tetapi dalam hati ada juga terfikir bilalah masanya untuk saya mencapai kejayaan seperti rakan-rakan seperjuangan lain. Bagaimanapun saya simpan sahaja perasaan itu dan mengharapkan kemenangan itu berpihak pada saya pula, dan saat itu akhirnya dapat dirasa.

"Terus-terang saya sendiri tidak jangka Patah Seribu dapat diiktiraf ke peringkat yang lebih tinggi kerana ia dihasilkan dalam masa 20 minit sahaja," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan