Rumah Amy Winehouse Dilelong 3 Disember Depan

Diterbitkan: Isnin, 19 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amy Winehouse ketika mengadakan persembahan pada 2008. -  Gambar fail
Amy Winehouse ketika mengadakan persembahan pada 2008. - Gambar fail

LONDON: Kediaman mendiang penyanyi Amy Winehouse di Camden Square di sini, bakal dilelongkan pada 3 Disember depan selepas keluarganya gagal menemui pembeli yang berpotensi terhadap hartanah itu.

Difahamkan, keluarga penyanyi itu sudah menawarkan rumah itu dengan harga jualan sebanyak RM13.2 juta (GBP 2.7 juta) di pasaran sebelum ini tetapi ia gagal menarik minat pembeli.

Laman web digitalspy.co.uk melaporkan, rumah itu akan dilelong oleh McHugh & Co di ibu pejabat British Academy of Film and Television Arts (Bafta) di Piccadilly di sini, pada 3 Disember depan dengan harga permulaan RM8.8 juta (GBP 1.8 juta).

Sumber terdekat keluarga itu berkata, sebelum ini keluarga Winehouse juga terpaksa berdepan pelbagai temu janji dan soal jawab yang ‘sia-sia’ daripada banyak pihak yang tidak menunjukkan potensi untuk membeli rumah berkenaan.

“Sebelum ini, banyak pihak yang menunjukkan minat dan bertanya pelbagai maklumat sejak rumah itu ditawarkan dalam pasaran.

“Namun, semuanya sia-sia dan hanya membuang masa. Maka, keluarganya berasa lelongan adalah jalan paling mudah untuk menjual rumah itu.

“Majlis lelongan rumah itu hanya akan dihadiri individu yang benar-benar berminat dan berkemampuan untuk membeli rumah,” kata sumber itu.

Terdahulu, perancangan untuk menjadikan rumah itu sebagai ibu pejabat The Amy Winehouse Foundation juga menemui kegagalan apabila ia menarik perhatian peminat dan orang ramai untuk memiliki kediaman tersebut.

Menurut laporan, bagaimanapun risalah mengenai majlis lelongan berkenaan tidak memaparkan sejarah dan latar belakang kediaman yang berkonsepkan rumah bandar (townhouse) itu.

Winehouse ditemui meninggal dunia di kediamannya pada 23 Julai tahun lalu kerana pengambilan alkohol yang berlebihan. Dia berusia 27 tahun.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan