Robert Pattinson Bosan Bercerita Kisah Cinta

Diterbitkan: Isnin, 19 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robert Pattinson atau kini digelar 'RPatz' ketika menghadiri tayangan perdana filem terbaru The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2 di Berlin, Jerman, pada Jumaat lalu.
Robert Pattinson atau kini digelar 'RPatz' ketika menghadiri tayangan perdana filem terbaru The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2 di Berlin, Jerman, pada Jumaat lalu.

LONDON: Aktor Robert Pattinson mendedahkan bahawa dia berasa bosan untuk bercerita mengenai kisah hubungan cintanya.

“Saya berasa bosan dengan segala-galanya. Maksud saya berhubung aspek publisiti yang berkait rapat dengan kerjaya sebagai pelakon.

“Saya tidak pernah berasa selesa dengan perkara itu.

“Ia mengganggu matlamat sebenar anda bergelar seorang pelakon,” katanya ketika diwawancara program Lorraine Show seperti dipetik akhbar Mirror di sini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan