Suami Gembira Marshanda Gemuk

Diterbitkan: Sabtu, 17 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marshanda dan suaminya, Ben sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka pada Februari depan.
Marshanda dan suaminya, Ben sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka pada Februari depan.

SUAMI kepada pelakon terkenal Indonesia, Marshanda iaitu Ben Kasyafani gembira apabila isterinya itu semakin 'sihat' kerana sedang mengandung tujuh bulan.

Ben berkata, perubahan pada tubuh isterinya itu adalah satu petanda baik bagi wanita hamil kerana anak yang dikandungkan juga akan berada dalam keadaan baik.

"Cha Cha (Marshanda) naik 11 kilogram sejak dia mengandung dan kandungannya turut berada dalam keadaan sihat. Isteri saya dijangka bersalin pada awal Februari ini," katanya.

Ben yang juga pemenang pencarian bakat MTV VJ Hunt 2007 ini memberitahu, setiap pagi dia akan membelikan isterinya bubur nasi kegemaran Marshanda sebagai sarapan.

"Tidak sukar menjaga isteri yang sedang mengandung malah saya gembira dapat melakukannya," jelasnya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan