Rabbani Ajak Artis Bantu Rakyat Gaza Menerusi Konsert

Diterbitkan: Sabtu, 17 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Rabbani
Kumpulan Rabbani

PETALING JAYA: Kumpulan nasyid terkenal Rabbani berhasrat untuk menyatukan semua artis di negara ini dalam sebuah konsert bagi membantu rakyat Palestin di Gaza yang menderita akibat perbuatan kejam Zionis.

Ahli kumpulan itu, Azadan Abd Aziz berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan konsert itu pada tahun hadapan dan berharap ramai artis akan bersetuju untuk menyertai persembahan itu.

"Golongan artis mempunyai satu aura untuk menarik perhatian masyarakat dan kami melihat pada konsert ini nanti mereka boleh melakukan sesuatu bagi membantu golongan kurang bernasib baik di Gaza.

"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar ia akan diadakan pada tahun hadapan dan perancangan kami adalah untuk mengadakan konsert itu di tempat yang besar seperti stadium," ujarnya kepada mStar Online.

Rabbani sebelum ini telah dilantik sebagai duta Hospital For Gaza (H4G) dan pelantikan tersebut berfungsi untuk menyebarkan maklumat mengenai projek membangunkan hospital tersebut di bandar itu bagi untuk rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Azadan berkata, rakan-rakan artis yang ingin menyertai kempen tersebut sangat dialu-alukan dan pihaknya sedia bekerjasama dengan mereka demi membantu rakyat Gaza.

Azadan berkata, penglibatan lebih ramai artis dalam projek tersebut bukan sahaja dapat memberi ganjaran pahala tetapi turut mengeratkan ukhuwah di kalangan selebriti.

"Projek ini adalah sangat bermakna buat kami dan jika ada artis yang ingin bekerjasama atau terlibat sama bagi menjayakan misi kami adalah sangat dialu-alukan.

"Sebagai anak seni ia menjadi tanggungjawab mereka untuk menghulurkan bantuan mengenai isu-isu penting berkaitan agama Islam," jelasnya.

Azadan memberitahu projek yang turut menggabungkan 10 buah negara itu menyasarkan untuk mengutip RM15 juta bagi menampung kos pembinaan fasa pertama hospital itu yang dianggarkan bernilai RM100 juta.

Sementara itu, Azadan memberitahu pihaknya juga sedang dalam proses untuk mengadakan satu Majlis Makan Malam Amal Hospital For Gaza (H4G) bagi mengutip dana yang diperlukan untuk membina hospital berkenaan.

Katanya, makan malam amal itu akan diadakan di Hotel Singgahsana pada 26 Januari tahun depan dan turut menyaksikan Datuk Sharifah Aini yang akan membuat persembahan bersama.

Harga meja yang dijual pada majlis makan malam amal itu adalah RM5,000, RM2,500 dan RM1,500.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut sila hubungi 03-62721225 atau layari Facebook carian Rabanni.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan