Ana Dahlia Tidak Terburu-Buru Kejar Tawaran

Diterbitkan: Sabtu, 17 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ana lebih gemar memberikan tumpuan terhadap sesuatu peranan yang diberikan sebelum beralih kepada projek lain.
Ana lebih gemar memberikan tumpuan terhadap sesuatu peranan yang diberikan sebelum beralih kepada projek lain.

PETALING JAYA: Pelakon Ana Dahlia menolak dakwaan dia mula 'demand' apabila menyatakan tidak akan berlakon dalam produksi lain sekiranya dia masih belum menyelesaikan penggambaran sesuatu drama.

Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, sebaliknya berkata, sebagai pelakon baru dia tidak mahu terburu-buru mengejar semua tawaran diberikan kerana ingin memberikan perhatian kepada projek yang telah dipersetujui terlebih awal.

"Ikutkan hati memang nak ambil semua projek yang diberikan tetapi sebagai pelakon yang masih baru dalam industri saya tidak mahu terlalu tamak yang akhirnya akan merugikan diri saya sendiri.

"Sebaliknya saya ingin memberikan fokus terhadap sesuatu projek sebelum menerima tawaran lain selain mementingkan kualiti kerja," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Ana, dia bersyukur kerana rezekinya semakin murah dan kerjaya lakonannya berkembang dengan baik setakat ini.

Dalam pada itu, Ana berkata, dia gementar apabila diberikan watak antagonis dalam drama bersiri Cinta Itu Milikku yang sedang bersiaran di TV3 kerana bimbang dengan persepsi negatif penonton terhadapnya.

Bagaimanapun dia yakin pendapat itu adalah bukti penonton mula memberikan perhatian kepada lakonannya.

"Bukan mudah untuk membawa watak antagonis kerana perlu memberikan perhatian sepenuhnya dan 'feel' juga perlu betul supaya dapat meyakinkan penonton," katanya.

Cinta Itu Milikku arahan Emi Suffian disiarkan setiap Isnin hingga Khamis menerusi slot Akasia pada pukul 7 malam.

Ana pernah berkahwin dengan Chef Riz pada 11 Disember 2011 dan bercerai kira-kira 11 kemudian.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan