Syamsul Yusof Mula Dalami Ilmu Islam

Diterbitkan: Jumaat, 16 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syamsul ingin berkongsi ilmu agama Islam yang dipelajari kepada para peminatnya. Foto RAYMOND OOI
Syamsul ingin berkongsi ilmu agama Islam yang dipelajari kepada para peminatnya. Foto RAYMOND OOI

KUALA LUMPUR: Pengarah filem muda Syamsul Yusof mengakui sedang mendalami ajaran agama Islam sejak kebelakangan ini agar menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Yusof, 28, berkata, perubahan itu dilakukan sedikit demi sedikit dengan mendekati golongan ilmuwan Islam selain belajar mendalami agama tersebut menerusi buku.

"Sekarang ini saya mahu mendalami Islam kerana saya merasakan diri ini benar-benar cetek dalam pengetahuan agama.

"Bukan itu sahaja, saya turut berkongsi kepada peminat apa yang telah dipelajari di Facebook dan Twitter.

"Bersempena dengan tahun baru Hijrah ini, tak kiralah daripada segi peribadi dan kerja, saya ingin menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada masyarakat, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online.

Tambah Syamsul dia juga percaya golongan remaja di luar sana turut mempunyai masalah yang sama di mana mereka masih tercari-cari landasan hidup menyebabkan dia mahu berkongsi mengenai Islam menerusi pelbagai medium termasuk filem.

Dai juga berhasrat untuk menghasilkan sebuah filem berbentuk keagamaan untuk golongan remaja.

Sementara itu, pada Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang diadakan pada Rabu lalu, Syamsul yang merupakan penyanyi undangan berjaya mempersembahkan sebuah zikir berjudul Ya Rabbi bersama saudaranya Anwar Fazal Abu Bakar.

Ditanya adakah dia akan bergiat aktif di bidang muzik, Syamsul tidak merancang apa-apa dalam dunia seni tetapi lagu-lagunya mungkin boleh didengar menerusi runut bunyi dalam filem-filem yang dihasilkannya.

"Sebelum ini saya pernah menghantar lagu-lagu saya ke beberapa buah stesen radio tetapi ia tidak dilayan. Mungkin juga lagu berkenaan tidak mencapai tahap piawaian seperti yang dikehendaki.

"Saya anggap bidang muzik mungkin kurang sesuai untuk saya. Namun kerana minat, saya akan menyanyi menerusi lagu-lagu runut bunyi dalam filem yang dihasilkan sahaja," tuturnya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan