Persiapan Singkat Gagal Serlahkan 'Teater Tun Siti Hasmah'

Diterbitkan: Jumaat, 16 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bagi pengalaman pertama di pentas teater, Eja berjaya menterjemahkan Tun Siti Hasmah dengan cara tersendiri. - Foto oleh RICKY LAI
Bagi pengalaman pertama di pentas teater, Eja berjaya menterjemahkan Tun Siti Hasmah dengan cara tersendiri. - Foto oleh RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Pementasan Tribute Teater Tun Siti Hasmah mungkin tidak ‘sebesar’ tokoh wanita itu tetapi usaha tenaga produksi di bawah pimpinan pengarah terkenal Erma Fatima berhak mendapat pujian.

Bertarung di atas kapasiti tempoh persiapan yang terhad iaitu sebulan, teater ini berjaya menterjemahkan isteri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dengan baik.

Secara keseluruhannya, pementasan ini punya nilai dan prestij tersendiri. Malah, mesej dan tanda penghargaan penggiat seni kita terhadap Tun Siti Hasmah dapat dirasakan.

Cuma mungkin beberapa kekurangan yang mencemari persiapan teater ini beberapa bulan terdahulu mula meninggalkan impak apabila ia dipentaskan di Istana Budaya sejak 9 November lalu.

Dalam usaha produksi World Islamic Network Television untuk memperkasakan memoir kehidupan wanita itu sesempurna mungkin, celanya tetap tidak mampu diketepikan.

Bukan sejarah hidup Tun Siti Hasmah yang jadi masalah tetapi skrip yang sedikit longgar dan ruang-ruang kosong dalam penceritaan teater ini dilihat menjejaskan tumpuan.

Kita akui dan menerima hakikat, Erma semestinya sudah melakukan sedaya mungkin dan seteliti yang perlu untuk menonjolkan karya ini dengan sehabis baik.

Bagaimanapun, di sebalik mutu lakonan memberangsangkan para pelakon dan set peralatan yang lengkap, kekurangan teater ini tetap dirasakan kerana skrip dan plot yang mendatar.

Undang Kebosanan

Momentum naskhah ini kerap turun naik, malah ada ketika ia dirasakan terlalu perlahan sehingga mengundang kebosanan.

Usaha untuk menonjolkan tokoh itu pada era muda dan semasa juga dilihat tidak seimbang.

Apa yang dilihat, penceritaan Tun Siti Hasmah lebih menyerlah ketika usia mudanya, di mana kehadiran aktres Lisa Surihani buat julung kali di pentas teater sebagai watak wanita itu ternyata meninggalkan sentuhan tersendiri.

Sayangnya, fokus itu semakin jauh dan kabur menuju ke pertengahan dan hujung cerita ketika Eja mula mengambil peranan.

Eja yang juga pertama kali beraksi di teater tidak mencengkam sepenuhnya seperti aksi yang lazim dipamerkan dalam lakonannya.

Bukan kata Eja tidak bagus tetapi lakonannya bersifat sederhana dan tidak konsisten sepanjang durasi dua jam teater ini.

Bahkan, aktres itu dirasakan tenggelam dan hanyut ‘dipukul’ aura karakter Tun Mahathir lakonan Esma Daniel.

Mungkin pembawaan Esma yang sudah berpengalaman dengan ‘dunia’ Mahathir menerusi pementasan sebelum ini membuatkan dia begitu sebati sebagai pemimpin besar itu.

Akibatnya, Eja yang masih hijau dengan lakonan pentas dirasakan begitu ‘kerdil’ terutamanya apabila mereka berkongsi babak.

Selain skrip yang kurang terperinci, seperkara lagi yang mengecewakan adalah selitan unsur muzikal secara berlebihan hingga mengundang perasaan rimas.

Peralihan babak yang memaparkan emosi dan isi penting cerita itu sering direncatkan dengan selitan muzikal yang secara amnya bersifat mengganggu.

Kita faham, muzikal itu adalah kaedah untuk mengimbangi cerita daripada bosan dan meleret tetapi jika muzikal berselang-seli dalam tempoh kurang lima minit pelakon berdialog, sudah tentu ia menjejaskan penghayatan kepada cerita yang hendak disampaikan.

Kontroversi

Jika dibandingkan naratif cerita ini dengan realiti Tun Siti Hasmah yang bersih daripada kontroversi, kita tidak boleh mengelak daripada menerima kenyataan bahawa ia akan dihuraikan dalam bentuk yang biasa dan tiada elemen sensasi.

Namun, kalau Erma diberikan tempoh lebih panjang untuk penyelidikan dan 'menggali' lagi kisah tokoh itu, pasti teater ini akan lebih mendalam dan menyentuh.

Keberanian dan kerja keras produksi teater ini tetap membanggakan kerana menghadiahkan sebuah kenangan tidak ternilai baik buat Tun Siti Hasmah mahupun seluruh anak Malaysia.

Teater yang dibintangi antaranya Eja, Lisa Surihani, Esma Daniel, Nazim Othman, Azizah Mahzan dan Dira Abu Zahar ini dipentaskan bermula 9 hingga 19 November pada pukul 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan