Anak Bon Jovi Ditangkap Kerana Simpan Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 16 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bon Jovi bersama anaknya, Stephanie.
Bon Jovi bersama anaknya, Stephanie.

ANAK perempuan penyanyi rock Jon Bon Jovi iaitu Stephanie Rose Bongiovi telah ditahan polis di kampusnya, Hamilton College, New York pada 14 November lalu gara-gara menyimpan dadah jenis heroin.

Menurut laporan portal DigitalSpy, pihak polis telah menerima laporan daripada kolej berkenaan yang mendakwa gadis berusia 19 tahun itu pengsan selepas mengambil heroin secara berlebihan.

Bagaimanapun, selepas ambulans tiba bersama-sama dengan paramedik menuju ke kampus tersebut, Stephanie dilihat berada dalam keadaan sihat dan selepas menggeledah biliknya, alat kelengkapan dadah serta heroin dan ganja ditemui.

Hal tersebut membuatkan Stephanie ditahan kerana memiliki dadah bersama dengan seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun dengan alasan yang sama.

Stephanie merupakan puteri sulung Bon Jovi dengan isterinya, Dorothea Hurley.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan