Pertandingan Zapin Percuma Pada 29 Disember Depan

Diterbitkan: Khamis, 15 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Belia Kota Gagasan akan menganjurkan sebuah pertandingan zapin secara pertarungan iaitu Akar Kita... Zapin 2012 bagi merebut Piala Pusingan "Gagasan Anak Merdeka" pada 29 Disember depan.

Ia dikendalikan oleh Akademi Tatihseni Malaysia, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dan Sekretariat Masyhur 1Malaysia.

Menurut wakil Persatuan Belia Kota Gagasan, Yus Sulaiman, pertandingan itu akan berlangsung di Panggung Bandaraya dekat sini bermula pukul 8 pagi.

"Malam kemuncaknya akan diadakan pada pukul 8.30 malam (hari sama) dan akan dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Bagi yang ingin menyertainya, sebanyak 16 kumpulan terpilih akan mengambil bahagian di mana setiap kumpulan dibenarkan membawa seramai 10 peserta termasuklah seorang jurulatih,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

Tambah beliau, antara syarat lain, peserta yang berusia 18 hingga 40 tahun daripada pelbagai kaum sahaja dibenarkan menyertai pertandingan tersebut selain berwarganegara Malaysia

Peserta juga perlu memiliki pelbagai asas tarian tradisional zapin dan setiap kumpulan mesti membawa dua buah lagu zapin pilihan sendiri untuk slot persembahan selama tiga minit.

Sementara itu, hadiah akan dibahagikan kepada lapan kategori iaitu Juara, Naib juara, Tempat Ketiga, Anugerah Khas Juri, Koreografer Terbaik, Individu Wanita Terbaik, individu Lelaki Terbaik dan Pakaian Terbaik.

Pemenang masing-masing akan membawa pulang piala iringan, wang tunai berserta sijil penghargaan.

Lebih menarik, kumpulan yang mendapat Juara dan Naib Juara layak mengikuti Jelajah Masyhur 1Malaysia 2013 anjuran Persatuan Belia Kota Gagasan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Disember depan dan pendaftaran adalah percuma.

Untuk sebarang pertanyaan, layari www.masyhur1malaysia.my atau menerusi laman sosial Facebook: sekretariat masyhur 1malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan