Kehancuran Cinta Selena Gomez & Justin Bieber Disambut Baik

Diterbitkan: Khamis, 15 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Selena Gomez
Selena Gomez

RAKAN-RAKAN karib penyanyi dan pelakon Selena Gomez lega dan begitu gembira dengan keretakan hubungan cintanya dengan Justin Bieber dan berharap agar pasangan itu tidak kembali bersama lagi.

Menurut laporan portal Showbizspy, rakan-rakan Selena sudah lama menantikan berita perpisahan itu memandangkan Selena sering menangis kerana Justin sepanjang perhubungan mereka dua tahun bersama.

"Agak sukar untuk kami menantikan detik perpisahan itu. Sejak mereka bercinta, Selena sering menangis kerana Justin.

"Dia (Selena) sering cuba untuk memutuskan percintaan itu tetapi setiap kali mencuba, pada akhirnya mereka kembali bersama," kata salah seorang rakan karib Selena yang enggan mendedahkan identitinya.

Bagaimanapun, rakan-rakan Selena tetap risau dengan usaha Justin yang ingin kembali bersama penyanyi Love You Like A Love Song itu dan berharap agar keputusan Selena untuk berpisah dengan lelaki itu muktamad.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan