Sara Ali Terpaksa Jadi Pelakon Stereotaip

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sara Ali
Sara Ali

KUALA LUMPUR: Pelakon Sara Ali bersetuju dengan persepsi segelintir pihak yang menyifatkan lakonannya sebagai stereotaip selepas dua tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Sara, 22, berkata, dia menyedari perkara itu tetapi tidak mengamalkan sikap memilih tawaran yang diterima kerana masih baru dalam bidang lakonan.

“Saya akur dan terima pandangan itu. Malah, saya sendiri bersetuju kalau orang mula melihat gaya lakonan saya hampir sama pada tawaran-tawaran yang diterima.

“Saya percaya hal ini terjadi kerana saya menerima karakter yang lebih kurang sama tetapi sebagai orang baru apa yang dapat saya lakukan?

“Takkan pula saya hendak jadi seorang yang memilih watak sehingga boleh menjejaskan reputasi dan pendapatan?” katanya ketika ditemui mStar Online, baru -baru ini.

Aktres filem Songlap ini berkata, senario penghasilan skrip dan watak drama televisyen dan filem yang terhad dan kurang variasi di negara ini menjadi punca utama dia terpaksa melakonkan watak yang lebih kurang sama berulang-kali.

“Tiada lagi karakter yang saya jayakan sehingga kini berbeza dan unik selepas filem Songlap.

“Jika pengarah berpuas hati dengan apa yang saya berikan dalam lakonan, apa lagi yang boleh saya buat? Tetapi itu tidak bermakna saya selesa dengan tahap lakonan sekarang,” katanya.

Justeru itu, Sara berkata, dia mengambil pendekatan untuk berehat seketika sehingga menerima tawaran yang unik dan belum pernah dijayakan.

“Saya tidak mahu terus ‘melekat’ dengan watak yang sama sahaja sehingga menimbulkan persepsi sedemikian (stereotaip).

“Buat masa ini biarlah saya berehat seketika sehingga menerima tawaran watak yang berlainan dan menonjolkan lakonan berbeza daripada saya,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan