Oprah Biayai Kos Perceraian Bapa

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oprah Winfrey (kanan) bersama bapanya, Vernon.
Oprah Winfrey (kanan) bersama bapanya, Vernon.

LONDON: Personaliti televisyen dan pengacara tersohor Oprah Winfrey bersetuju untuk membiayai kos guaman kes perceraian bapanya, Vernon Winfrey dan isteri Barbara.

Menurut laporan, Vernon, 79, membuat keputusan untuk bercerai dengan Barbara yang dikahwininya selama 12 tahun kerana sudah tidak tahan dengan sikap wanita itu yang boros dan gemar membazir.

Oprah akhirnya sudi membantu apabila Vernon datang menemui kekasih pengacara tersebut iaitu Stedman Graham berkenaan konflik yang sedang dilaluinya.

“Pada satu hari, ketika Stedman berada di bandar ini atas urusan rasmi, kami sempat berbual mengenai masalah bapa ketika makan malam.

“Saya tidak tahu hendak buat apa tetapi saya memang mahu mereka berpisah,” kata Oprah seperti dipetik laman web Contactmusic.com.

Vernon pula berkata: “Dia (Stedman) bertanya adakah saya memerlukan bantuan dan saya membalas ‘Ya, saya rasa perlu’.

“Dia segera memberitahu kepada Oprah lantas Oprah mengupah peguam untuk menguruskan kes (cerai) itu.”

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan