Anugerah Skrin 2012 Catat 4 Juta Penonton

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon terkenal, Abu Bakar Omar menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi lakonan cemerlang dalam Gincu Ayah.
Pelakon terkenal, Abu Bakar Omar menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi lakonan cemerlang dalam Gincu Ayah.

PETALING JAYA: Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) yang berlangsung pada Jumaat lalu telah berjaya meraih jumlah penonton tertinggi iaitu sebanyak 4 juta (17.1 TVR) atau 54 peratus sepanjang tayangannya pada pukul 9 malam hingga 12 tengah malam menurut laporan yang dikeluarkan oleh Nielsen Media Research.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, berkata, angka itu telah membuktikan kejayaan tenaga kerja produksi anugerah itu dalam merealisasikan konsep dunia fantasi untuk penonton TV3.

"ASK 2012 bukan hanya meraikan para penggiat dan karyawan seni tanah air malah ia juga sebagai batu loncatan bagi mereka yang memenangi anugerah tersebut untuk terus maju ke hadapan.

"Selain itu, maklum balas yang diterima daripada para penonton bakal menyuntik semangat kepada kami untuk terus berusaha lebih gigih dalam menerbitkan produk yang lebih bermutu pada masa akan datang,” ujarnya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

Program ‘Fantasi ASK 2012’ yang memaparkan detik-detik persiapan dan kemeriahan Jelajah ASK 2012 pada 9 November 2012 dari pukul 4.30 petang hingga 5 petang turut mencecah kadar tontonan sehingga 1 juta penonton sewaktu bersiaran.

Memasuki edisi ke 14 tahun ini, ASK 2012 telah mengangkat tema 'Selami Dunia Fantasi Kami' dan menyuntik elemen teater dalam konsep persembahan pada malam itu.

Anugerah berprestij itu telah menyaksikan kemenangan besar drama Di Telapak Kaki Bonda terbitan Filmscape Sdn Bhd di bawah arahan Kabir Bhatia yang menggondol empat anugerah utama iaitu Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di samping meraikan Bunohan sebagai Filem Terbaik.

Dalam pada itu, TV3 bukan sahaja merangkul kadar tontonan tertinggi di televisyen malah ASK 2012 yang turut disiarkan menerusi laman web www.tv3.com.my/ask2012 turut mendapat kunjungan sebanyak 200,000 pelawat sepanjang anugerah itu berlangsung.

Angka itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding tahun sebelumnya dan turut mencatat pelawat dari negara seperti Singapura, Brunie, Australia dan Amerika Syarikat.

Malah laman sosial Twitter dengan hastag #ASK2012 bukan turut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga berjaya menduduki tempat kelapan secara global.

ASK 2012 diterajui oleh Awal Ashaari sebagai pengacara bergandingan dengan pelakon wanita popular, Neelofa bersama Datuk Rahim Razali, Datin Umie Aida, Harun Salim Bachik dan Abon.

Manakala acara karpet merah dikendalikan oleh Dynas dan Karl Shafek bersama Juara Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Kedua, Muhammad Fadzil Ahmad Shukor.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan