Istimewa Sempena Deepavali & Awal Muharram Di TV3

Diterbitkan: Selasa, 13 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu babak dalam drama Cikgu Kamala lakonan Puspa Narayanan.
Salah satu babak dalam drama Cikgu Kamala lakonan Puspa Narayanan.

PETALING JAYA: Bersempena dengan perayaan Deepavali dan sambutan Awal Muharram, stesen TV3 akan menyajikan rantaian program dan telefilem terhebat untuk semua penonton saluran itu.

Bagi menghangatkan sambutan Perayaan Cahaya hari ini, TV3 menyajikan program menarik seperti Telemovie Istimewa Deepavali: Cikgu Kamala, WHI Istimewa Deepavali dan sebuah filem menarik berjudul Endhiran lakonan hebat Aishwarya Rai.

Manakala bersempena sambutan Awal Muharam pada Khamis ini, TV3 turut menyediakan deretan program menarik khusus untuk penonton bagi merasai pengertian penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Kota Mekah.

Antara program menarik yang telah disusun adalah seperti drama Cinta Halal, Rebah Taubat dan Sebelum Kiamat.

Berikut adalah senarai penuh program yang disajikan kepada penonton bersempena Deepavali dan Awal Muharram di TV3.

1. Telemovie Istimewa Deepavali: ‘Cikgu Kamala’ - 13 November 2012 (Selasa), 10.00 pagi.

Sebuah telemovie menarik mengisahkan seorang cikgu moden bernama Kamala yang terpaksa bertugas di sekolah luar bandar dan menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Cikgu Kamala mendapat perhatian pelajar dengan sikapnya yang ceria dan dicemburui oleh Cik Nora. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Pelakon: Puspa Narayanan, Intan Ladyana, Nizam Zaidi

Wanita Hari Ini Istimewa Deepavali - 13 November 2012 (Selasa), 12.00 tengahari

Episod istimewa WHI Deepavali akan dimeriahkan lagi dengan Majlis Perayaan Deepavali Media Prima 2012.

Program istimewa ini akan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat YB Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Terdapat pelbagai topik menarik bakal dipaparkan di episod istimewa ini.

Telemovie Istimewa Deepavali: ‘Endhiran’ - 13 November 2012 (Selasa), 3.00 petang

Kisah bermula apabila seorang saintis muda bernama Doktor Vaseegaran bertungkus-lumus selama 10 tahun untuk menghasilkan sebuah robot yang menyerupai manusia.

Usahanya berhasil apabila sebuah robot humanoid pertama berjaya dicipta dan diberi nama Chitti. Kejayaan Doktor Vaseegaran dicemburui oleh saintis veteran yang juga mentornya iaitu Doktor Bohra. Apa yang akan berlaku seterusnya?

Pelakon: Rajanikanth dan Aishwarya Rai

Telemovie Istimewa Awal Muharam: ‘Cinta Halal’ – 15 November 2012 (Khamis), 4.00 petang

CINTA HALAL berkisar mengenai seorang gadis, Ismi Hazariah yang baru sahaja kehilangan perkerjaannya buat kali kelima lantaran dari sikapnya yang suka mencari pasal di tempat kerja.

Ibu tirinya, Najihah runsing dengan masa depannya lantas memaksa Ismi untuk menghadiri temuduga sebagai Eksekutif di sebuah syarikat eksport makanan halal yang dimiliki oleh keluarga berketurunan arab.

Ismi yang berperwatakan gila-gila dan berjiwa rockers menolak mentah-mentah kerana dia tahu etika berpakaian berkerja yang harus berpakaian muslimah. Namun atas desakan yang berterusan dia akhirnya mengalah dan menghadiri temuduga tersebut.

Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya mendapat perkerjaan tersebut. Ismi terpaksa melakukan pengorbanan yang besar dari segi pakaian dan tingkah laku sekadar memenuhi permintaan syarikat.

Bekerja di Cahaya Holding telah membuka perspektif baru di dalam hidup Ismi. Dia mula jatuh hati terhadap pengurus syarikat, Syed Mukhriz hanya kerana perwatakannya yang kacak, tegas tetapi baik hati dan kaya. Adakah Ismi dapat bersama lelaki idamannya?

Pelakon: Nur Fathia, Fahrin Ahmad, Hanez Suraya, Lydiawati, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Telemovie Istimewa Awal Muharam: ‘Rebah Taubat’ – 15 November 2012 (Khamis), 10.00 malam

Kepulangan Normah setelah dua tahun menghilangkan diri akhirnya disambut dengan sindirian tajam oleh suaminya, Halim. Kehilangan Normah dahulu kerana mengejar kemewahan bersama teman lelakinya meninggalkan luka yang dalam buat Halim.

Tidak semudah itu untuk Halim memaaf dan menerima Normah semula. Sepanjang ditinggalkan, Halim bersusah payah menjaga anak-anak mereka, Iffan dan Aina dalam serba kekurangan dengan gaji sebagai pekerja kilang dan menyewa rumah di pinggir Kuala Lumpur.

Walaupun hidup susah, Halim tidak pernah berniat untuk berkahwin lain. Tambahan lagi Normah belum diceraikan ketika itu. Halim mahu membuktikan kepada Normah bahawa dia boleh menguruskan anak-anak tanpa menikmati kehidupan mewah seperti mana yang ingin dikecapi Normah.

Pelakon: Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Hafizudin Fadzil, Aripah Damanhuri, Fadilah Mansor.

Cerekarama: ‘Sebelum Kiamat’ – 17 November 2012 (Sabtu), 10.00 malam

Cerita ini mengisahkan tentang Radi yang masih bersekolah rendah dan dibesarkan oleh bapanya, Osman. Osman menceraikan isterinya semasa Radi masih kecil. Sejak kecil Radi sudah dididik hidup berdikari.

Walaupun Radi masih bersekolah rendah, dia seorang yang penyabar dan berhati tabah. Radi sentiasa merindui ibunya. Dia tidak tahu sama ada ibunya masih hidup atau mati kerana setiap kali dia bertanya tentang ibunya, Osman akan memarahinya dan mengamuk seperti orang hilang akal.

Suatu hari, Osman meninggal dunia akibat serangan jantung. Berbekalkan wang simpnan yang ada, Radi nekad ke Kuala Lumpur untuk mencari ibunya. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Pelakon: Naim Daniel, Zamarul Hisham, Sherry Merlis, Soffi Jikan, Noorkhiriah.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan