Struktur Industri Hiburan Akan Dikaji Semula

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membantu membetul dan mengkaji semula struktur industri hiburan tempatan bagi mewujudkan keseimbangan dan keadilan terhadap seniman-seniman negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian semula itu dapat memberikan keadilan terhadap para artis terutamanya daripada segi pulangan wang yang diterima.

"Saya difahamkan pembahagian royalti yang diterima oleh para seniman tidak seimbang. Ada yang menerima jumlah yang kecil dan ada yang banyak.

"Pada pandangan saya, keadaan ini tidak seimbang dan adil kepada mereka dimana pihak kerajaan akan memperbetulkan perkara ini," katanya pada pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam Ahad.

Tambah beliau, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama-sama dengan YA1M akan membantu pihak kerajaan dalam memberikan beberapa cadangan untuk membangunkan industri hiburan tanah air.

Dalam pada itu, kerajaan akan menyalurkan dana sebanyak RM2 juta pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan kepada YA1M yang merupakan sebuah organisasi berasaskan ekonomi dan kebajikan dalam meningkatkan martabat para seniman negara.

"Dengan penubuhan YA1M dan sokongan daripada kerajaan, masa depan artis tanah air akan mendapat pembelaan yang lebih baik.

"Tidak ramai yang sedar bahawa artis juga merupakan insan biasa yang mempunyai keadaan pasang surut dalam kehidupan mereka sebagai anak seni.

"Masa muda pendapatan mereka mungkin lumayan, tetapi bila dah senja, tekanan hidup akan terasa apabila hanya dipandang sebagai warga emas dalam masyarakat," kata Najib.

Selain itu, Najib berkata pelaksanaan skim insurans perlindungan terhadap seniman juga akan dilakukan.

"Sepatutnya setiap artis ada perlindungan yang sepatutnya dan kalau jatuh sakit, tak perlulah mereka minta bantuan kepada orang," katanya.

YA1M akan dikemudikan oleh presidennya, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Datuk DJ Dave, Datuk M.Nasir (Naib Presiden), Datuk Malek Redzuan (Setiausaha Agung) serta beberapa ahli jawatankuasa eksekutif lain.

Pada majlis pelancaran YA1M, lebih 1000 artis pelbagai bangsa hadir dan seramai enam seniman dipilih menerima sumbangan sebanyak RM2000.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan