Adibah Noor, Misha dan Jaclyn Bikin Konsert Di Singapura - Berita Hiburan | mStar

Adibah Noor, Misha dan Jaclyn Bikin Konsert Di Singapura

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga nama dengan kekuatan vokal memukau iaitu Adibah Noor, Misha Omar dan Jaclyn Victor bakal berkongsi pentas buat julung kali menerusi konsert 3 Permata di Esplanade, Singapura, pada 24 November ini.

Menurut Jaclyn Victor yang mula menempa nama sejak 2004 selepas memenangi pertandingan Malaysian Idol di 8TV, kolaborasi ini cukup istimewa walaupun dia dan Misha pernah bergandingan di pentas bersama termasuklah merakamkan kembali lagu Cinta (dendangan asal Kris Dayanti dan Melly Goeslow).

“Jelas di antara kami mempunyai keupayaan vokal yang berbeza selain mampu menyanyikan lagu bernada tinggi, saya sendiri teruja untuk sama-sama berkongsi pentas dengan mereka.

“Setiap seorang daripada kami akan menyanyikan lagu masing-masing sekitar lima ke enam lagu dan saya sudah menghantar senarai lagu kepada penganjur untuk dipertimbangkan yang mana satu akan dipilih,” kata Jaclyn Victor.

Misha pula berkata, peluang bersatu di pentas yang sama terutamanya bersama Adibah sudah lama dinanti-nantikan sepanjang karier seninya.

“Keserasian saya dengan Jaclyn sudah terbukti menerusi lagu duet Cinta dan beberapa siri persembahan di televisyen, jadi melalui gabungan bersama Adibah ini ia secara tak langsung memberi paduan mantap di antara kami bertiga.

"Jadi kepada yang sedang membuat keputusan menonton persembahan kami ini, ia boleh disifatkan cukup berbaloi. Lagipun saya sendiri juga sudah lama tidak tampil dalam persembahan atau konsert terbuka seperti ini.

“Saya akan manfaatkan masa yang diamanahkan dengan menyanyikan lagu kegemaran peminat termasuk menyanyikan secara medley,” ujar Misha.

Konsert 3 Permata ini akan berlangsung pada pukul 8 malam selama sejam 30 minit tanpa henti.

Lebih istimewa, satu segmen penghargaan kepada biduanita negara, Puan Sri Saloma juga akan dilaksanakan pada malam itu nanti.

Pastinya lagu dendangan Adibah Noor seperti Terlalu Istimewa, Jaclyn Victor (Gemilang, Wajah, Satu Harapan) dan Misha (Bunga Bunga Cinta, Semoga Abadi, Nafas Cahaya) antara lagu yang berkemungkinan besar menjadi pilihan untuk dipersembahkan nanti.

Bagi peminat di Malaysia yang tidak mahu ketinggalan menonton konsert tersebut, tiket dijual dalam Singapore Dolar berharga $40 (RM100), $60 (RM150), $80 (RM200), $100 (RM250). Harga istimewa juga kepada pelajar dan warga tua.

Selain itu, penganjur turut menawarkan pakej istimewa dengan membeli sepasang tiket. Untuk maklumat lanjut layari www.esplanade.com.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan