Ada Sebab Wilma Muhammad Rahsiakan Perkahwinan Baru

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wilma tidak menghebohkan perkahwinannya demi menghormati privasi suami baru dan ahli keluarga. Foto IZZRAFIQ ALIAS
Wilma tidak menghebohkan perkahwinannya demi menghormati privasi suami baru dan ahli keluarga. Foto IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: Pelakon Wilma Muhammad yang berkahwin buat kali kedua pada Jun lalu berkata dia mempunyai sebab untuk merahsiakan perkara itu daripada khalayak umum.

Wilma yang kematian suami Mahir Effendi pada awal 2011 berkata, keputusan untuk tidak menghebohkan perkahwinan itu dilakukan demi menghormati privasi suami baru dan ahli keluarganya.

"Bukan saya berniat untuk merahsiakan perkahwinan buat kali kedua yang berlangsung pada 16 Jun lalu.

"Keputusan itu dilakukan demi menghormati prinsip dan privasi suami baru dan keluarga. Majlis (perkahwinan) pun diadakan secara kecil-kecilan sahaja," katanya.

Wilma berkata demikian ketika ditemui mStar Online pada majlis pelancaran Koleksi Ratu by Ezuwan Ismail di Hotel Royale Chulan di sini, malam Sabtu lalu.

Bekas suami aktres filem Ghazal Untuk Rabiah itu meninggal dunia di kediaman mereka di Kampung Tunku, Petaling Jaya dekat sini pada 27 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan lima anak iaitu Raida Thaqifa, 10, Athira Inara, 8, Mahira Aqila, 6, Muhammad Yusuf, 4, dan Umar Al Faruq, 3.

Bercerita mengenai perkahwinan itu, Wilma berkata, dia mengenali ahli perniagaan yang dikenali sebagai 'M', 47, itu pada tahun lalu.

"Saya mengenali dia menerusi kawan ketika bekerja sebagai setiausaha di syarikat perlombongan emas pada tahun lalu.

"Kebetulan pula bekas ibu mertua juga pernah mengenali suami baru ini kira-kira empat atau lima tahun lalu atas urusan perniagaan.

"Dia seorang lelaki yang terbuka dan lebih selesa untuk tidak menonjolkan identiti dirinya," akuinya.

Katanya, keputusan untuk berkahwin semula timbul apabila dia memikirkan masa depan anak-anaknya yang bakal membesar tanpa bapa.

"Sebenarnya, saya tidak mahu (berkahwin) tetapi selepas memikirkan keadaan masa depan lima anak saya yang akan membesar tanpa seorang ayah, saya terbuka hati untuk berkahwin semula.

"Lagi pun, bekas ibu mertua juga selalu pesan agar saya tidak menutup pintu hati jika ada lelaki yang mahu mengahwini saya," luahnya yang tidak menolak jika dikurniakan zuriat dengan suami baru itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan