Sherry Merlis Puas Pertama Kali Menang Anugerah

Diterbitkan: Ahad, 11 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sherry berasa berbaloi dengan kemenangan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama buat julung kali sejak 24 berlakon. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Sherry berasa berbaloi dengan kemenangan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama buat julung kali sejak 24 berlakon. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Aktres Sherry Merlis menyifatkan kemenangan trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) 2012 pada malam Jumaat lalu sebagai kenangan termanis selepas 24 tahun bergelar pelakon.

Sherry, 40, berkata, pengiktirafan menerusi lakonannya dalam drama berjudul Di Telapak Kaki Bonda arahan Kabir Bhatia itu merupakan anugerah pertama yang diterima selepas lebih dekad menceburi bidang lakonan.

“Ini (anugerah) adalah yang pertama dalam tempoh 24 tahun bergelar pelakon. Saya tidak jangkakan langsung (akan menang) tetapi sudah cukup gembira apabila tersenarai dalam top 5.

“Kemenangan ini sangat berbaloi dan saya gembira dengan peluang dan watak dalam drama itu. Ia sesuatu yang istimewa kerana pada awalnya saya tidak tahu saya tercalon pun,” katanya.

Pada ASK 2012 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam Jumaat lalu, Sherry menewaskan Rosnah Mat Aris menerusi drama Gincu Ayah, Maimon Mutalib (Hilangnya Dosa Seorang Ibu), Fadhilah Mansor (Ku Petik Dosa) dan Norish Karman (Maharku Untukmu).

Isteri kepada vokalis kumpulan Gabba Gabba iaitu Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (Ash) itu berkata, anugerah itu juga merupakan rezeki anak perempuannya Tengku Kaseh Anaqah yang baru berusia empat bulan.

“Sebenarnya saya baru sahaja melahirkan anak perempuan yang kini berusia empat bulan. Kira ini (anugerah) adalah rezeki anak saya,” katanya.

Sherry berkata, dia juga berharap agar persepsi lazim di kalangan penerbit dan pengarah drama televisyen (TV) dan filem yang ‘tidak berani’ memberikan tawaran kepada seseorang pelakon selepas memenangi anugerah dapat diubah.

“Senario ini sering kami bincangkan di kalangan pelakon. Banyak kali terjadi di mana penerbit dan pengarah ‘takut’ untuk memberikan tawaran kepada pelakon yang baru memenangi anugerah kerana dikhuatiri pelakon akan meminta harga bayaran yang tinggi.

“Saya berharap persepsi itu dapat diubah dan dikikis kerana ia menjejaskan tawaran lakonan kepada pelakon yang menang itu,” katanya yang sedang menjalani penggambaran telefilem Istiqamah untuk tayangan TV9.

Selain kejayaan Sherry, telefilem itu turut menerima trofi Pengarah Terbaik Drama dan Lakon TV Terbaik menerusi Lum Pung Hui.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan