'Di Telapak Kaki Bonda' & 'Bunohan' Ungguli ASK 2012

Diterbitkan: Sabtu, 10 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kabir Bhatia mengungguli Anugerah Skrin 2012 apabila menerima anugerah Drama Terbaik dan Pengarah Drama Terbaik menerusi karyanya Di Telapak Kaki Bonda. Foto SHAARI CHE MAT.
Kabir Bhatia mengungguli Anugerah Skrin 2012 apabila menerima anugerah Drama Terbaik dan Pengarah Drama Terbaik menerusi karyanya Di Telapak Kaki Bonda. Foto SHAARI CHE MAT.

KUALA LUMPUR: Drama terbitan Filmscape Sdn Bhd berjudul Di Telapak Kaki Bonda diangkat sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada malam Jumaat.

Diterajui oleh pelakon hebat seperti Diana Danielle, Sherry Merlis, Munif Isa dan Izreen Azmindar, karya arahan Khabir Bhatia itu menewaskan drama lain seperti Ku Petik Dosa, Parut Ashikin, Parit Jawa, Pelarian dan Maharku Untukmu.

Kemenangan berganda turut diraih drama ini apabila Kabir turut menerima trofi Pengarah Terbaik Drama dan dua kategori lain iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi oleh Sherry Merlis dan Lakon TV Terbaik.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, Ruminah Sidek membawa pulang anugerah tersebut menerusi lakonan hebatnya dalam Parit Jawa.

Pelakon veteran itu berjaya menewaskan pelakon popular lain seperti Erra Fazira (Parut Ashikin) dan Fasha Sandha (Ku Petik Dosa).

Manakala bagi kategori lelaki, ASK 2012 menobatkan pelakon Abu Bakar Omar menerusi drama Gincu Ayah mengenepikan pelakon hebat lain seperti Eman Manan (Parit Jawa) dan Zaidi Omar (Ku Petik Dosa).

Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Parit Jawa.

ASK 2012 turut menganugerahkan Anugerah Yasmin Ahmad kepada pelakon dan pengarah, Pierre Andre manakala pelakon cilik, Puteri Balqis menerima Anugerah Artis Harapan Pantene.

Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada Bunohan arahan Dain Said yang dibintangi pelakon terkenal seperti Faizal Hussien, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim.

Lakonan berkesan sebagai Izzah dalam Ombak Rindu membawa tuah kepada Maya Karin apabila dia dipilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem tahun ini.

Manakala Shaheizy Sam merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Songlap.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dimenangi oleh Syafie Naswip menerusi lakonan mantapnya dalam Songlap dan Lisa Surihani melalui Ombak Rindu.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

ASK 2012 pada tahun ini mengangkat tema 'Selami Dunia Fantasi Kami' dan dihoskan oleh Awal Ashaari, Neelofa, Datuk Rahim Razali dan Umie Aida.

Ia disiarkan secara langsung bermula pukul 9 malam Jumaat di TV3.

Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais.

Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Ella, Ahmad Idham, Wahid (Senario), Didie Alias, Erra Fazira, Rosyam Nor, Rozita Che Wan dan Amyza Adnan menerusi penampilan pelbagai watak popular daripada kisah dongeng dan legenda.

Secara keseluruhan, ASK 2012 mempertandingkan sebanyak 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta dua Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2012

1. Kategori Filem

Filem Terbaik: Bunohan.

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaheizy Sam (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Maya Karin (Ombak Rindu)

Pengarah Terbaik Filem: Fariza Azlina / Effendee Mazlan (Songlap).

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Ombak Rindu)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shafie Naswip (Songlap)

Lakon Layar Terbaik Filem: Dain Iskandar Said (Bunohan)

2. Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Di Telapak Kaki Bonda

Pelakon Lelaki Terbaik: Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)

Pelakon Wanita Terbaik: Ruminah Sidek (Parit Jawa)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Namron (Parit Jawa)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)

Pengarah Terbaik: Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)

Lakon TV Terbaik: Lum Pung Hu (Di Telapak Kaki Bonda)

Videografi Terbaik: Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment (M) Sdn Bhd.

Drama Rantaian Terbaik: Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies)

Drama Komedi Terbaik: Elly Epit (Red Communication Sdn. Bhd)

3. Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Dunia Tersembunyi (Rambu Solok)

Bual Bicara Terbaik: Bella: Labour Day Special.

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26.

Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25.

Rancangan Realiti Terbaik: Jemputan Umrah Episod Pengenalan.

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Berita TV9 - Bom Jangka.

Anugerah Yasmin Ahmad: Pierre Andre

Artis Harapan Pantene: Puteri Balqis.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan