ALBUM BARU: The Essential Mariah Carey Harus Dimiliki

Diterbitkan: Sabtu, 10 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

The Essential Mariah Carey mengumpulkan 28 koleksi lagu terbaik diva terkenal itu.
The Essential Mariah Carey mengumpulkan 28 koleksi lagu terbaik diva terkenal itu.

ALBUM: The Essential Mariah Carey

ARTIS: Mariah Carey

EDARAN: Sony Music

ALBUM kompilasi terbaru berjudul The Essential Mariah Carey menampilkan 28 buah lagu terbaik penyanyi itu yang pernah mendapat pelbagai pengiktirafan.

Kandungan lagu yang terdapat di dalam album itu memperlihatkan koleksi terbaik penyanyi dan penulis lagu itu sepanjang kerjayanya bersama syarikat rakaman Sony Music/Columbia Records yang bermula dari tahun 1990 hingga 2000.

Album ini menunjukkan perjalanan penyanyi itu yang terkenal dengan kepelbagaian genreyang dibawa seperti balada, pop, r&b malah muzik hip hop.

Dimulakan dengan single pertamanya yang berjaya menduduki tempat pertama dalam carta Billboard pada tahun 1990 iaitu Vision of Love ia diteruskan dengan lagu seperti Love Takes Time, Someday dan I Don't Wanna Cry daripada album pertamanya yang turut mendapat kedudukan teratas dalam carta itu.

Mariah kini mempunyai 18 buah single yang berada di kedudukan pertama carta Billboard di belakang The Beatles dengan 20 lagu ditangga teratas.

Boleh dikatakan kesemua lagu hitnya disatukan dalam album ini seperti Emotions, Can't Let Go, Make It Happen, My All, Butterfly, Without You, Fantasy, Always Be My Baby dan sebagainya.

Malah album ini turut menampilkan beberapa lagu remix yang popular dikalangan peminatnya seperti Make it Happen dan Anytime You Need a Friend selain beberapa lagu yang tidak dikeluarkan sebagai single seperti Vanishing dan Bliss daripada album Rainbow (1999).

Tidak ketinggalan lagu-lagu duet Mariah seperti Endless Love duet bersama Luther Vandross, When You Believe (Whitney Houston) dan One Sweet Day (Boyz II Men).

Walaupun album ini sarat dengan lagu-lagu popularnya semasa bersama syarikat rakaman Sony Music/Columbia Records namun The Essential Mariah Carey adalah sebuah album penting yang menceritakan perjalanan dan kejayaan kerjaya penyanyi itu sehingga diangkat sebagai artis wanita paling banyak jualan album dalam sejarah.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan