Pengarah Sahkan Mark Wahlberg Bintangi 'Transformers 4'

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mark Wahlberg
Mark Wahlberg

LOS ANGELES: Pengarah filem blockbuster Transformers Michael Bay mengesahkan aktor bertubuh sasa, Mark Wahlberg bakal membintangi bahagian keempat filem itu.

Menurut laporan berita AP, Bay dalam kenyataan pada blognya pada Khamis (waktu tempatan), menyifatkan aktor berusia 41 tahun itu sebagai lelaki paling sesuai untuk menyuntik elemen kecergasan pada francais terbaru filem berkenaan.

Sebelum ini, Bay pernah menafikan pembabitan aktor itu dalam filem aksi pengembaraan tersebut.

Dua karyawan seni itu turut bekerjasama dalam projek filem terbaru berjudul Pain and Gain.

Transformers 4 yang bakal diedarkan studio filem Paramount Pictures dijadualkan berada di pawagam pada 27 Jun 2014.

Bay juga berkata, filem berikutnya itu akan memaparkan hala tuju baru francais tersebut.

Tiga bahagian pertama filem itu dibintangi oleh Shia LaBeouf dan Peter Cullen sebagai alih suara watak Optimus Prime.

Siri ketiga yang berjudul Dark of the Moon mencatatkan rekod sebagai filem kedua dengan kutipan tertinggi bagi 2011. - AP

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan