Hattan Enggan Lagi Bercinta Kerana Sudah Tua

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hattan memberitahu usianya yang telah mencecah 47 tahun turut menyebabkan dia berasa janggal untuk bercinta lagi.
Hattan memberitahu usianya yang telah mencecah 47 tahun turut menyebabkan dia berasa janggal untuk bercinta lagi.

SHAH ALAM: Penyanyi terkenal, Datuk Hattan tidak berhasrat untuk mencari pasangan hidup selepas mengalami dua kali kegagalan dalam rumah tangganya sebelum ini.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin turut merasakan usianya yang telah menjangkau 47 tahun dilihat tidak lagi sesuai untuk menjalinkan hubungan cinta.

"Secara jujurnya saya sudah malas nak memikirkan soal kahwin lagi kerana sudah letih tambahan pula pada usia sekarang macam sudah tidak sesuai untuk kembali bercinta.

"Buat masa ini memang saya tidak mempunyai sesiapa dalam hidup melainkan kerjaya dan anak lelaki tunggal iaitu Adam," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa di sini pada Rabu lalu.

Bagaimanapun kata Hattan, dia tidak menolak sekiranya Allah memberikan jodoh buatnya suatu hari nanti.

Dalam pada itu, desas-desus kononnya Hattan akan kembali berkahwin dengan bekas isteri pertamanya iaitu Arianie Mohd Abidin seperti yang dilaporkan berkata, dia pernah mencuba ke arah itu selepas bercerai buat kali kedua pada Januari lalu namun meletakkan perkara tersebut kepada ketentuan Tuhan.

Menurut Hattan, hubungannya dengan bekas isteri masih rapat sebagai rakan baik demi kepentingan anak lelaki mereka, Adam Eiman yang kini berusia 14 tahun.

"Kalau ada jodoh saya dengannya lagi saya akan terima dan kalau tiada saya dan dia masih berbaik demi kepentingan anak kami," ujarnya.

Hattan dan Arianie berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Beliau juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah pada 12 Januari lalu iaitu dua bulan selepas bergelar suami-isteri.

Sementara itu, Hattan berkata, jadualnya kini padat sehingga penghujung tahun dengan pelbagai aktiviti dan undangan nyanyian sebelum kembali ke studio untuk merakamkan album terbarunya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan