Jay Jay & Carefree Tidak Pernah Bersengketa

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jay Jay tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan bekas ahli-ahli Carefree. Foto UTUSAN
Jay Jay tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan bekas ahli-ahli Carefree. Foto UTUSAN

KUALA LUMPUR: Penyanyi Jay Jay menjelaskan dia enggan menyertai kumpulan Carefree yang akan membuat kemunculan semula pada tahun ini bukan kerana tiada persefahaman seperti yang disangka sesetengah pihak.

Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Darus berkata, sejak berpecah pada 31 Disember 1982, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan bekas ahli kumpulan itu namun dia mempunyai matlamat tersendiri dalam hidup.

"Saya tak tahu di pihak sana (ahli-ahli Carefree lain), tetapi kalau tanya saya, kami memang tidak mempunyai isu yang berbangkit.

"Cuma saya mempunyai agenda tersendiri di mana agak sukar sekiranya saya kembali bersama-sama dengan Carefree. Banyak yang perlu difikirkan, walaupun ia kedengaran remeh.

"Saya risau jika tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya kepada Carefree memandangkan saya juga mempunyai karier sebagai penyanyi solo. Nanti rasa tak seronok pula apabila dilihat seperti pentingkan diri," katanya.

Jay Jay sebelum ini merupakan vokalis Carefree yang pernah popular sekitar tahun 70-an dan pernah popular menerusi lagu-lagu hit seperti Rindu Bayangan, Belaian Jiwa dan Baju Hijau.

Kemunculan semula kumpulan itu dijangka pada hujung tahun ini yang kan menampilkan Hadi Hassan sebagai vokalis dan pemain bes, menggantikan tempat Jay Jay.

Hadi yang juga adik kepada penyanyi tersohor, Salamiah Hassan di undang oleh empat orang bekas anggota Carefree iaitu Charles Paiva (pemain keyboard), Simon Justin Leo (gitaris), Raja Rahman (drum) dan Raja Rashid (saksofon/seruling).

Dalam pada itu, Jay Jay turut menegaskan tidak berkecil hati walaupun kemunculan semula kumpulan tersebut tanpa penglibatannya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan