Rita Ora Sambung Belajar Demi Ibu Bapa - Berita Hiburan | mStar

Rita Ora Sambung Belajar Demi Ibu Bapa

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rita mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran demi memenuhi impian kedua ibu bapanya.
Rita mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran demi memenuhi impian kedua ibu bapanya.

PENYANYI Rita Ora bercadang kembali ke universiti untuk menyambung pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi.

Rita yang terkenal dengan lagu R.I.P. itu berhasrat untuk melengkapkan pengajian bagi memenuhi impian kedua ibu bapanya.

Impiannya sebelum ini untuk menyambung pelajaran tergendala selepas dia menandatangani kontrak sebagai penyanyi pada usia 18 tahun.

Dalam laporan femalefirst.co.uk. Rita memberitahu dia perlu melunaskan janji yang telah dibuat kepada ibu bapanya supaya mendapatkan segulung ijazah.

"Impian kedua ibu bapa sangat bermakna kepada saya dan walaupun telah mengecap kejayaan sebagai penyanyi janji kepada mereka perlu saya tunaikan," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan