Psy Dapat Anugerah Tertinggi Kerana 'Gangnam Style'

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi rap Korea Selatan, Psy.
Penyanyi rap Korea Selatan, Psy.

SEOUL: Korea Selatan memberi penganugerahan kepada penyanyi rap Psy kerana kejayaannya menyebabkan gelombang “Gangnam Style” sehingga menjadi satu fenomena seluruh dunia.

Kementerian Kebudayaan Korea Selatan pada Selasa mengumumkan Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang akan menerima “Okgwan Order of Cultural Merit” yang dianugerahkan kepada mereka yang berjasa dan cemerlang dalam dunia seni.

“Psy telah dipilih untuk menjadi contoh kerana “Gangnam Style” yang diilhamkannya telah berjaya meningkatkan daya minat dunia terhadap Korea,” kata Kementerian Kebudayaan kepada AFP.

Psy berjaya melonjakkan namanya ke arena antarabangsa sejak video “Gangnam Style” yang menampilkan gaya tarian kuda menjadi ikutan selepas dimuat naik menerusi laman YouTube.

“Gangnam Style” yang dihasilkan sebagai sebuah penghargaan kepada kejiranan kelas tinggi di Seoul telah ditonton lebih 654 juta pelayar Internet menjadikan ia antara karya kedua yang cukup popular menerusi YouTube selepas klip video “Baby” nyanyian Justin Bieber yang disaksikan 796 juta orang.

Lagu Psy itu telah menduduki carta dari Britain sehingga ke Australia dan menduduki tempat kedua di US Billboard Hot 100 selama enam minggu berturut-turut.

Korea Selatan melihat budaya popular seperti itu menjadi kuasa eksport yang tinggi selain mampu memberi pendedahan antarabangsa terhadap sebuah negara yang merasai seperti terkebelakang berbanding jirannya iaitu China dan Jepun.

Kerajaan juga telah membelanjakan wang yang banyak terhadap program televisyen Korea dan muzik pop yang melanda Asia sejak sekian lama.

Sementara itu pengarah filem Kim Ki-Duk yang menerima anugerah “Golden Lion” sempena Festival Filem Venice tahun ini menerusi filemnya berjudul “Pieta” akan menerima “Eungwan Order of Culture Merit” yang mana ia adalah penghargaan yang lebih tinggi daripada anugerah diperoleh Psy. – AFP

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan