Kemelut Finas & Gafim Berhubung FFM25 Selesai

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naguib (kiri) dan Jurey dalam satu sesi dialog anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebelum ini. - Gambar Fail
Naguib (kiri) dan Jurey dalam satu sesi dialog anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebelum ini. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) berjaya mencapai kata sepakat mengenai kemelut yang melanda kedua-dua pihak sebelum ini berhubung kerjasama penganjuran Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25) yang dijadualkan berlangsung pada 30 Disember depan.

Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Abdul Razak berkata, keputusan itu diambil dalam satu mesyuarat yang diadakan bersama Gafim pada petang Isnin lalu selepas menyelesaikan salah faham yang berlaku.

"Sejujurnya Finas tidak pernah berniat untuk menolak peranan Gafim yang sebelum ini bertindak sebagai penganjur bersama FFM.

"Namun kekeliruan mengenai laporan bedah siasat penganjuran FFM24 tahun lalu yang dihantar oleh pihak Gafim telah menimbulkan salah faham di antara kedua-dua belah pihak.

"Namun pertikaian dan salah faham tersebut telah pun selesai dan pihak Gafim dan Finas bersetuju untuk bekerjasama demi penganjuran FFM25 yang bakal menyambut sambutan jubli perak pada tahun ini," ujarnya pada sidang media pengumuman kerjasama itu di sini pada Selasa.

Kontroversi kedua-dua pihak terjadi apabila Gafim yang sebelum ini turut menganggotai jawatankuasa penganjuran FFM mendakwa diketepikan oleh Finas yang hanya akan bekerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi acara berkenaan.

Gabungan itu disertai 11 persatuan seni termasuklah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (Papita) dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM).

PFM tidak menyertai Gafim kerana hilang kepercayaan terhadap peranan gabungan itu.

Turut hadir pada sidang media tersebut Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli, Presiden Seniman, Zed Zaidi, Naib Presiden PFM, Datuk Yusof Haslam dan Bendahari Kehormat PFM, Pansha Nalliah.

Sementara itu, Naguib berkata, pihaknya masih belum menentukan peranan yang bakal diberi kepada Gafim dalam penganjuran tersebut dan akan membuat keputusan menerusi satu mesyuarat yang akan diadakan pada masa terdekat.

Pada tahun ini dianggarkan kira-kira 75 filem cereka yang ditayangkan bagi tempoh 27 Oktober 2011 hingga 30 Oktober ini layak untuk dipertandingkan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan