Isteri Terharu Baca Surat Ameng Dari Penjara

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ameng (Spring) difahamkan sedang aktif mengajar muzik di dalam Penjara Kluang, Johor.
Ameng (Spring) difahamkan sedang aktif mengajar muzik di dalam Penjara Kluang, Johor.

PETALING JAYA: Penyanyi Ameng (Spring) tidak sabar untuk bebas daripada penjara dan masih mempunyai perasaan sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya, Sabariah Zakariah walaupun mereka dipisahkan oleh tembok besi.

Menurut Sabariah, 43, dia terharu dengan kata-kata Ameng dalam surat yang diterimanya pada Selasa kerana ia menunjukkan sifat romantik suaminya yang tidak pernah diungkapkan dengan kata-kata selama lapan tahun mereka mendirikan rumah tangga.

“Saya baru terima surat ketiga daripada Ameng pada hari ini (Selasa). Surat itu dikirimkan pada 9 Oktober lalu tetapi baru hari ini sampai.

“Saya terharu dengan isi surat itu kerana ia menceritakan isi hati dan perasaan suami terhadap saya. Selama saya mengenalinya, tidak pernah dia meluahkan kata-kata sedalam itu kerana dia bukan jenis yang romantik.

“Surat kali ini sangat mendalam dan istimewa. Ia menguatkan lagi hubungan kami suami isteri,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Selasa.

Sabariah berkata, surat itu mengukuhkan lagi ikatan mereka biarpun dia terus disindir dengan kata-kata sinis segelintir pihak yang mempersendakan hubungan mereka sejak penahanan Ameng di Penjara Kluang, Johor kira-kira setahun lapan bulan yang lalu.

“Banyak dugaan sejak dia dipenjarakan. Ramai yang meragui kesetiaan Ameng terhadap saya apabila dia dibebaskan nanti tetapi saya percaya apa juga luahan dan kerinduannya itu adalah ikhlas.

“Surat itu memang saya tunggu-tunggu. Bagi saya, perbualan secara berdepan dengan kata-kata dalam surat amat berbeza kesannya,” katanya.

Ujar Sabariah, surat itu juga menjadi pengubat kerinduannya sehingga dia bertemu semula dengan Ameng pada sesi lawatan akan datang selepas berjumpanya pada Aidiladha lalu.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 44, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan dadah.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan