Rabecca Tiada Masalah Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rabecca Nur Al-Islam
Rabecca Nur Al-Islam

PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam berasa gembira kerana tidak perlu melakukan amalan diet yang ekstrem seperti sesetengah wanita lain selepas dia melahirkan anak sulungnya, Nor Anggun Raverra pada 2 November lalu.

Rabecca atau nama panggilannya, Becca, 26, berkata, dia bersyukur kerana tubuh badannya tidak terlalu berisi dan sekali gus tidak menyukarkan dia untuk kembali langsing seperti sebelum hamil.

"Alhamdulillah, saya tidak perlu bersusah payah untuk menjalani rutin diet kerana tubuh badan saya tidak banyak berubah.

"Malah sepanjang mengandungkan Anggun, berat saya tidak naik, kandungan sahaja yang membesar.

"Cuma saya akan mengamalkan minum pati ikan haruan dan berpantang cara tradisional selama 100 hari untuk menjaga kesihatan dalaman," katanya yang dihubungi mStar Online, dekat sini, Isnin.

Becca selamat melahirkan Anggun secara pembedahan pada 2 November lalu, pukul 8.19 pagi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Bayi tersebut dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.

Tambah Becca, dia dan Anggun akan menjalani rawatan susulan oleh doktor dan jururawat peribadi di rumahnya.

Ditanya mengenai perasaannya melahirkan Anggun selepas dua kali mengalami keguguran, dia bersyukur dan gembira apabila bayi yang dilahirkan itu sihat dan sempurna.

"Saya tidak sabar menunggu dan melihat setiap detik pembesaran Anggun dan semestinya saya ingin menghiasi dia dengan pakaian-pakaian yang comel.

"Suami dan anak lelaki saya, Adam Daniel turut teruja dengan kehadiran Anggun. Dia telah menyempurnakan hidup kami sekeluarga," ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Jangan Tegur... Lagi itu akan berehat untuk sementara daripada dunia lakonan dan akan kembali aktif selepas empat atau lima bulan akan datang.

Becca telah mendirikan rumah tangga dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 44, pada 14 Januari 2011 di kediaman mereka di Ukay Perdana, Ampang dekat sini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan