Jalaluddin Hassan Hampir Putus Asa Rakam Suara Dokumentari

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jalaluddin hampir berputus asa kerana kerumitan proses rakaman suara sebagai pengisah dokumentari Mankind the Story of All of Us untuk saluran History. - Foto oleh ART CHEN
Jalaluddin hampir berputus asa kerana kerumitan proses rakaman suara sebagai pengisah dokumentari Mankind the Story of All of Us untuk saluran History. - Foto oleh ART CHEN

KUALA LUMPUR: Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan hampir berputus asa kerana kerumitan ketika proses memasukkan suara (voice over) untuk siri dokumentari terbaru Mankind The Story of All of Us.

Jalaluddin, 58, berkata, pengalaman sebagai pencerita kepada dokumentari itu tidak semudah yang disangka kerana proses memasukkan suara begitu rumit.

“Ia lebih berat dan rumit daripada berlakon. Saya hampir berputus asa dan anggap tugas itu gagal dilaksanakan ketika memasukkan suara bagi episod pertama dokumentari ini.

“Bayangkanlah, skrip untuk satu episod sahaja sudah setebal kira-kira 30 muka surat dan saya mengambil masa selama lima jam untuk rakaman suara bagi episod itu,” katanya.

Jalaluddin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumumannya sebagai pengisah dokumentari itu dan tayangan previu Mankind di GSC Signature, Gardens di sini, pada Selasa.

Mankind merupakan siri dokumentari pertama yang ditayangkan secara serentak di seluruh dunia bermula 14 November ini pada pukul 9 malam di History (saluran Astro 555).

Versi Bahasa Malaysia dokumentari 12 episod itu terbahagi kepada enam bahagian. Ia ditayangkan selama dua jam pada setiap minggu.

Jalaludin berkata, pembabitannya dalam projek itu berbeza daripada pengalaman memasukkan suara bagi iklan komersial dan filem sebelum ini.

“Sebelum ini saya sering memasukkan suara untuk iklan, drama dan filem tetapi ia tidak begitu mencabar berbanding projek pada kali ini.

“Hakikatnya, saya begitu terganggu dan panik dengan kerumitan proses itu kerana saya perlu membaca skrip tanpa visual dokumentari di skrin.

“Tanpa bimbingan visual itu, saya perlu peka dan cekap agar penceritaan pada setiap babak menepati masa dan seiring dengan versi (voice over) asal pelakon Amerika Syarikat, Josh Brolin,” katanya.

Bagaimanapun, kata Jalaluddin, keadaan bertambah baik dan lancar selepas dia mula menyesuaikan diri dengan kaedah yang bersesuaian pada selepas beberapa episod melakukannya.

“Kini saya sudah siapkan empat episod dan ada lapan lagi untuk disudahkan. Keadaan bertambah lancar dan tersusun sekarang selepas saya mula menyesuaikan kaedah yang tepat untuk proses memasukkan suara,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Kanan Program dan Pemasaran AETN All Asia Networks, Michele Schofied berkata, dia berpuas hati dengan mutu suara aktor itu walaupun tidak memahami Bahasa Malaysia.

“Pada pendengaran saya, dia (Jalaluddin) sudah melakukan tugas dengan baik. Walaupun saya tidak faham bahasa Malaysia, saya kenal pasti dia mempunyai ton suara dan teknik penceritaan yang baik dan menepati kehendak dokumentari ini.

“Kami berharap usaha dalam projek terbaru ini dapat menghimpunkan seluruh keluarga di Malaysia untuk menyaksikannya apabila ia mula ditayangkan pada 14 November ini,” katanya.

Mankind memaparkan penyusunan peristiwa-peristiwa secara dramatik dalam sejarah evolusi manusia bermula daripada alatan pertama yang digunakan untuk membina piramid sehingga perkembangan dunia moden ini.

Saluran itu sekali lagi bergandingan dengan kumpulan penerbitan Nutopia yang diketuai penerbit Jane Root dan Ben Goold yang pernah menghasilkan dokumentari yang memenangi Anugerah Emmy 2010 iaitu America the Story of Us.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan