Elton John Menang Kes Curi Lirik Lagu

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Elton John.
Elton John.

PENYANYI Elton John memenangi kes saman yang dibuat oleh penulis lirik, Guy Hobbs atas dakwaan mencuri lirik lagu ciptaannya pada tahun 1985 berjudul 'Nikita'.

Elton, 65, dituduh mencuri lirik lagu ciptaan Hobbs dan diberi nama 'Natasha' yang menceritakan kisah seorang lelaki telah jatuh cinta dengan seorang wanita Russia semasa perang dingin.

Bagaimanapun, hakim membatalkan tuntutan saman yang dibuat Hobbs selepas memberitahu Elton tidak mempunyai sebab untuk mencuri hasil kerja Hobbs yang ketika itu tidak terkenal.

Elton dalam pembelaannya memberitahu tema lagu ‘Natasha’ itu juga tidak berasas untuk melayakkan Hobbs mendapat hak cipta.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan