Nabil Ahmad Tolak Kerja Luar Untuk Timang Anak

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nabil Ahmad
Nabil Ahmad

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad (Nabil) sanggup menolak semua tawaran kerja di luar Kuala Lumpur bermula hujung bulan ini untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya.

Nabil, 29, berkata, keputusan itu dilakukan semata-mata ingin berada di sisi isterinya Nazirah Ayub, 24, yang dijangka bersalin pada bila-bila masa pada bulan depan.

"Saya akan tolak semua tawaran kerja di luar Kuala Lumpur bermula hujung bulan ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk isteri saya yang akan bersalin pada bila-bila masa bulan depan.

"Dia (isteri) mahu saya ada ketika bersalin nanti. Jadi tidak mengapalah jika saya terpaksa tolak kerja demi isteri," katanya.

Hos program hiburan MeleTop itu berkata, walaupun dia terpaksa menolak tawaran kerja luar dia masih aktif memenuhi komitmen pengacaraan dan berlakon di sekitar Lembah Klang.

"Kalau ikutkan, banyak juga tawaran mengacara majlis korporat dan makan malam di luar Kuala Lumpur pada bulan ini dan Disember tetapi isteri mahu saya tidak jauh daripadanya pada saat-saat begini.

"Demi isteri, saya ambil saja tawaran kerja yang berdekatan. Tapi saya sempat bergurau kepadanya, keadaan ini hanya untuk anak pertama sahaja," jelasnya.

Mengenai persiapan bergelar bapa, Nabil berkata, dia semakin teruja melayankan ragam isterinya yang sering membeli barangan bayi setiap kali mereka keluar bersama.

"Asalkan keluar sahaja, dia pasti beli barang dan pakaian bayi sedangkan semua keperluan itu sudah dibeli awal-awal lagi.

"Lagi pun, ini adalah pengalaman pertama kami menyambut kelahiran anak, tentulah kami berdua berasa teruja," kongsinya yang berdebar untuk menyesuaikan diri dengan status bapa kelak.

Nabil dan Nazirah bernikah pada 30 September 2011 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan