Justin Bieber Ingin Jadi Bintang Filem

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Justin Bieber
Justin Bieber

NAMPAKNYA penyanyi Justin Bieber ingin memanjangkan langkahnya ke arah dunia seni lakonan pula apabila dia menyatakan hasrat untuk menjadi seorang bintang filem.

Menurut laporan Star Magazine, Justin sedang meneliti beberapa skrip yang sesuai dengan minatnya yang ingin mencuba dalam filem aksi atau komedi.

"Saya ada menerima beberapa tawaran lakonan dan ia akan dilaksanakan selepas konsert jelajah selesai.

"Rasa teruja pula, saya ingin membuat aksi komedi dan aksi, entahlah saya kurang pasti. Cuma saya yakin dalam membuat lawak." katanya.

Bagaimanapun, keinginan yang disampaikan itu tidak bermaksud Justin merancang untuk meningalkan karier nyanyiannya.

"Saya tidak akan berhenti buat muzik kerana banyak lagi impian yang belum tercapai seperti membuat lagu bersama Stevie Wonder dan berduet dengan Quince Jones," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan