Black Tidak Serik Bekerjasama Dengan Malique

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Black berkata sepanjang bergelar artis rakaman pengalaman bekerjasama dengan Malique menerusi lagu Teman Pengganti adalah antara paling berharga buatnya.
Black berkata sepanjang bergelar artis rakaman pengalaman bekerjasama dengan Malique menerusi lagu Teman Pengganti adalah antara paling berharga buatnya.

PETALING JAYA: Penyanyi Black tidak serik untuk menjalinkan kolaborasi dengan penyanyi rap dan komposer, Malique pada masa akan datang meskipun bekas ahli kumpulan Too Phat itu enggan mengadakan apa-apa persembahan dengannya.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 25, berkata, pengalaman bekerjasama dengan Malique menerusi lagu Teman Pengganti adalah antara paling berharga buatnya.

"Seperti mana kita tahu Malique mempunyai sentuhan magis terhadap lagu-lagu ciptaannya dan peluang bekerjasama dengan beliau adalah sesuatu saya impikan.

"Walaupun beliau enggan mengadakan persembahan dengan saya untuk lagu tersebut saya menghormati keputusannya dan ingin bekerjasama lagi pada masa akan datang," ujarnya kepada mStar Online.

Teman Pengganti yang popular ketika ini adalah ilham melodi pembukaan lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an.

Lagu tersebut turut layak bertanding di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke 27 yang bakal berlangsung pada 25 November 2012 (Separuh Akhir 3).

Dalam pada itu, Black berkata, penampilan pengurusnya iaitu Helmy Hamdan sebagai pengganti tempat Malique untuk persembahan lagu tersebut secara “live” adalah tepat.

Black berkata, dia tidak menyangka Helmy mempunyai bakat besar sebagai penyanyi rap malah Malique sendiri menyukai cara Helmy membawakan lagu tersebut.

"Sebenarnya sebelum mengambil Helmy pihak syarikat rakaman telah terlebih dahulu merujuk kepada Malique dan beliau bersetuju selepas berpuas hati dengan gaya persembahan Helmy yang baik," jelasnya.

Tambah Black, dia juga telah memberi nama baru kepada Helmy iaitu RJ (Rapper Jambang) berikutan imejnya yang berjambang.

Sementara itu, Black berkata, album terbarunya akan berada di pasaran pada tahun hadapan dan mengakui mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan kerana mahu hasilnya memuaskan hati peminat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan