Sami Yusuf Mohon Maaf Pembatalan ‘Konsert Salaam’

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sami yang berasa malu untuk ke Malaysia ekoran pembatalan Konsert Salaam pada 14 Julai lalu memohon maaf secara terbuka walaupun ia bukan berpunca daripada pihaknya. - Foto oleh SAM THAM
Sami yang berasa malu untuk ke Malaysia ekoran pembatalan Konsert Salaam pada 14 Julai lalu memohon maaf secara terbuka walaupun ia bukan berpunca daripada pihaknya. - Foto oleh SAM THAM

PETALING JAYA: Penyanyi kerohanian antarabangsa Sami Yusuf memohon maaf secara terbuka di atas pembatalan Konsert Salaam pada 14 Julai lalu pada saat-saat akhir.

Sami, 31, berkata permohonan maaf itu dilakukan sebagai tanda kesal dan malu dengan pembatalan tersebut walaupun ia bukan berpunca daripada pihaknya.

“Saya meminta maaf atas pembatalan konsert itu pada saat-saat akhir walaupun saya tidak wajar dipersalahkan kerana ia berpunca daripada masalah kontrak di antara pihak penganjur dan promoter.

“Saya tidak boleh ulas lanjut kerana ia sudah membabitkan proses perundangan. Biarlah pengurusan saya memberikan penjelasan sewajarnya,” katanya.

Sami ditemui pada sidang media pelancaran album terbaru berjudul Salaam di Hotel Royale Bintang Damansara, Mutiara Damansara di sini, petang Sabtu.

Pembatalan konsert yang sepatutnya diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam itu memaksa peminat untuk menebus semula tiket yang sudah dibeli. Bagaimanapun, tarikh baru konsert itu masih belum diumumkan sehingga kini.

Ketua Pembangunan Perniagaan ETM International, Nabila Khan selaku pengurusan penyanyi itu berkata, kesulitan pada kontrak itu memaksa pihaknya membatalkan hasrat mengadakan persembahan di negara ini ketika itu.

Ditanya adakah dia mempunyai perancangan untuk mengadakan semula konsert untuk peminat di sini, Sami berkata, impian itu tidak pernah berkubur dan dia menjangkakan sebuah persembahan di sini pada masa akan datang.

“Pembatalan konsert itu adalah keputusan yang sukar dilakukan namun saya terpaksa akur kerana isu kontrak yang timbul.

“Saya berhasrat untuk mengadakan persembahan untuk peminat di sini tidak kiralah konsert besar atau berskala kecil.

“Kalau persembahan kecil pun lebih baik kerana saya dan peminat akan lebih dekat,” katanya.

Populariti penyanyi kelahiran Tehran ini melonjak di peringkat global selepas dia muncul dengan album sulungAl Mu’allim pada 2003.

Sami yang mempunyai jumlah peminat mencecah 2 bilion orang mendapat jolokan ‘Bintang Muslim Terbesar’ oleh majalah Time dan ‘Muslim British Paling Popular Di Dunia’ oleh The Guardian.

Album yang diterbitkan dengan kerjasama ETM International dan Arteffects Sdn Bhd itu memuatkan 16 lagu antaranya Salaam, Happiness, Smile, Hear You Call dan You Came To Me (menampilkan Datuk Siti Nurhaliza).

Ia kini berada di pasaran edaran Warner Music Malaysia.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan